Followers

Friday, October 25, 2013

Rahsia Di Sebalik Tragedi Pegawai Bank Di Tembak Tersebar Posted by Addin Deen

Kini telah menjadi perbualan secara terbuka dimana-mana saja bahawa pengawal keselamatan yang menembak mati seorang wanita Pegawai Bank AmBank di USJ Sentral, semalam dan melarikan sejumlah wang bekerja dengan syarikat yang dimiliki oleh seorang exco wanita UMNO Malaysia.

Securiforce Sdn Bhd ... Pengarah Eksekutif, Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. (Securiforce) ialah Datuk Maznah Hamid. 
 
Jika kisah ini benar maka perlu pihak berwajib dan berkuasa yang mengeluarkan lesen dan permit syarikat keselamatan yang membolehlah para pengawalnya membawa dan menggunakan senjata api memberikan penjelasan sebab di percayai juga pengawal keselamatan berkenaan memiliki MyKad Palsu.

Rakyat ingin tahu akan kebenaran sehingga ke akar umbi tanpa ada sebarang percubaan untuk melindungi.


Kementerian Dalam Negeri mempunyai prosedur dan tata cara yang amat ketat untuk mengeluarkan lesen bagi pengawal keselamatan membawa dan menggunakan senjata api.


Jika ada sebarang perlanggaran syarat permit dan lesen di keluarkan kepada Syarikat Securiforce Sdn Bhd jika benar pengawal keselamatan ini bertugas dan berkhidmat dengan dengan berkenaan.. perlu dan wajar segera diambil tindakan.
 

Sekiranya perlu heret Pengarah Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd ke muka pengadilan dipersilakan tanpa ada perasaan gentar dan memihak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.