Followers

Friday, October 25, 2013

PANAS!!! DIDAKWA TIPU BARISAN MENTERI KABINET & KERAJAAN MALAYSIA, TETAPI SEKARANG DIBEBASKAN DARI TUDUHAN!!!


 Bekas menteri pengangkutan, tun Dr ling liong sik dibebaskan oleh mahkamah tinggi kuala lumpur daripada tuduhan menipu kabinet berhubung projek PKFZ.


BACA FAKTA KES DIBAWAH (december 2009)

1 - Kes skandal PKFZ Malaysia ini bermula dengan melalui pendedahan Laporan Audit PriceWaterhouse Coopers (PWC) yang diumumkan pada era Mahathir, 2002, berlaku kebocoran pada minit mesyuarat kabinet untuk menjadikan tanah Pulau Indah sebagai kawasan pelabuhan bebas. Maknanya terdapat individu yang mengetahui nilai dan potensi sebenar tanah tersebut pada masa itu.

2 - Ini menyebabkan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (1997-2003) bagi Lembaga Pelabuhan Klang(PKA) Datuk Abdul Rahman Palil membeli tanah tersebut melalui Koperasi Pembangunan Koperasi Nelayan Selat Lumut (KPNSL), sebelum daripada kabinet mengumumkan projek PKFZ lagi.

3 - Datuk Abdul Rahman Palil Abdul Rahman kemudiaannya dilaporkan mengisytiharkan dirinya sebagai Pengerusi KPNSL.

4 - Dilaporkan KPNSL menjual tanah tersebut dengan harga yang murah, RM3 perkaki persegi.

5 - Tanah itu kemudiannya dibeli oleh Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) dengan harga berlipat kali ganda, RM25 sekaki persegi.

6 - Menurut Laporan Audit PWC juga, skandal PKFZ di PPSB ini turut membabitkan beberapa pemimpin Umno dan BN.

7 - Antaranya, Pengerusi KDSB Datuk Seri Azim Zabidi yang juga Bendahari Umno – Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) KDSB Datuk Seri Tiong King Sing yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) – Timbalan CEO Datuk Faizal Abdullah yang juga Ketua Pemuda Umno Kapar, dan ramai lagi yang lain.

8 - Kos bagi melaksanakan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dijangka melonjak kepada RM12.453 bilion jika Lembaga Pelabuhan Klang(PKA) gagal menjelaskan bayaran ansuran pinjaman Kementerian Kewangan mengikut jadual.

9 - Dalam Hansard Parlimen Mei lalu, dilaporkan skandal yang bernilai RM1.6 bilion pada tahun 2002 itu melambung antara RM7.4532 bilion dan RM12.5bilion.


Ini lah cara puak puak penyamun merompak kekayaan negara!!! kerajaan yang diketuai bekas perdana menteri malaysia tun Dr mahathir ketika skandal ini berlaku. Takkan menteri & mahathir sebodoh itu meluluskan pembelian tersebut dengan harga berlipat kaliganda. Dimana jabatan penilaian ketika itu? tidak semak kah?

Sudahlah tu.. kamu yang cekik sapu & telan, kami sebagai rakyat yang menanggung kerugian!!! disebabkan amalan sapu & telan, cukai GST bakal diselaraskan & subsidi rakyat terpaksa dikurangkan!!!

Ingat ini negara bapak kamu ke wahai pemimpin umno?!!!

Rakyat perlu sedar.. jangan biarkan diri anda kekal memegang title 'BODOH'

Tun Dr ling liong sik dibebaskan, ini bukti yang skandal ini melibatkan ramai tokoh politik & pemimpin politik!!!


Admin macho-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.