KUALA NERUS – Tanah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas, Haji Salleh Embong berkata, beliau akan meneruskan perjuangan menuntut hak keatas tanah penduduk kampung terbabit dengan pengambilan secara tidak sah oleh pihak kerajaan.
Katanya, beliau telah memfailkan kes ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Khamis lalu dan pihak mahkamah telah menetapkan perbicaraan pada hari Rabu ini.
“Perbicaraan untuk membatalkan notis perobohan rumah di Kampung Banggol Donas akan di adakan pada Rabu 23 Oktober, 2013 (pada) jam 9.00 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu,
“kes di failkan pada Khamis lalu dan telah ditetapkan tarikh pendengarannya,”ujarnya ketika dihubungi
Menurutnya, beliau membawa perkara tersebut ke muka pengadilan berikutan kehadiran pihak Pejabat Tanah menampalkan notis dikawasan rumah beliau dan beberapa rumah di sekitarnya yang disifatkannya sebagai satu ugutan dan ancaman serta fitnah yang nyata.
“yang pertama, mengapa pejabat tanah datang dengan gerombolan polis……..hanya nak serahkan notis……….. bagi saya ia satu tindakan ‘intimidasi’ cuba mengugut saya,
“kedua, sudahlah notis itu tidak sepatutnya dikeluarkan, pegawai bercakap bohong dan fitnah,”jelas Haji Salleh.
Beliau menegaskan, pihaknya tidak pernah mendapat apa-apa surat dan sebelum ini kecuali panggilan untuk menerima pampasan.
Tetapi beliau menolak pampasan itu kerana beluauntidak pernah bersetuju menyerahkan tanahnya untuk diambil balik oleh kerajaan.
“pegawai fitnah, dia dakwa konon pernah serah surat notis sebelum ini dan telah diancam oleh kami penduduk kampung,
“ini tipu………tak pernah hantar notis macamana boleh kena ugut atau diserang oleh kami dan apa yang kami ada sehingga polis datang lengkap dengan senjata otomatik,”katanya.
Menurut surat yang dikeluarkan oleh pejabat tanah pada dua minggu lalu itu, Haji Salleh dan penduduk kampung yang tidak bersetuju tanah mereka diambil balik, diperintsh keluar dari tanah milik mereka atau, menghadapi risiko dirobohkan.
Oleh itu beliau memohon kepada semua pihak yang menyokong kebenaran agar mendoakan kejayaan beliau dalam usahanya menentang ketidakadilan dan kezaliman tersebut.
Katanya, beliau telah memfailkan kes ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Khamis lalu dan pihak mahkamah telah menetapkan perbicaraan pada hari Rabu ini.
“Perbicaraan untuk membatalkan notis perobohan rumah di Kampung Banggol Donas akan di adakan pada Rabu 23 Oktober, 2013 (pada) jam 9.00 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu,
“kes di failkan pada Khamis lalu dan telah ditetapkan tarikh pendengarannya,”ujarnya ketika dihubungi.
Menurutnya, beliau membawa perkara tersebut ke muka pengadilan berikutan kehadiran pihak Pejabat Tanah menampalkan notis dikawasan rumah beliau dan beberapa rumah di sekitarnya yang disifatkannya sebagai satu ugutan dan ancaman serta fitnah yang nyata.
“yang pertama, mengapa pejabat tanah datang dengan gerombolan polis……..hanya nak serahkan notis……….. bagi saya ia satu tindakan ‘intimidasi’ cuba mengugut saya,
“kedua, sudahlah notis itu tidak sepatutnya dikeluarkan, pegawai bercakap bohong dan fitnah,”jelas Haji Salleh.
Beliau menegaskan, pihaknya tidak pernah mendapat apa-apa surat dan sebelum ini kecuali panggilan untuk menerima pampasan.
Tetapi beliau menolak pampasan itu kerana beluauntidak pernah bersetuju menyerahkan tanahnya untuk diambil balik oleh kerajaan.
“pegawai fitnah, dia dakwa konon pernah serah surat notis sebelum ini dan telah diancam oleh kami penduduk kampung,
“ini tipu………tak pernah hantar notis macamana boleh kena ugut atau diserang oleh kami dan apa yang kami ada sehingga polis datang lengkap dengan senjata otomatik,”katanya.
Menurut surat yang dikeluarkan oleh pejabat tanah pada dua minggu lalu itu, Haji Salleh dan penduduk kampung yang tidak bersetuju tanah mereka diambil balik, diperintsh keluar dari tanah milik mereka atau, menghadapi risiko dirobohkan.
Oleh itu beliau memohon kepada semua pihak yang menyokong kebenaran agar mendoakan kejayaan beliau dalam usahanya menentang ketidakadilan dan kezaliman tersebut.
buletinonline.net





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.