Followers

Sunday, October 13, 2013

Perbandingan Dua Zaman: Antara Anwar Ibrahim dan Najib Razak

 

Perbandingan Dua Zaman: Seluruh rakyat Malaysia yang cintakan negaranya harus memikirkan dan membuat justifikasi terbaik demi masa depan generasinya. 
Renung dan amati cara pentadbiran antara zaman Anwar Ibrahim dan zaman Najib Razak menjadi menteri kewangan. 
Anwar Ibrahim jelas terbukti telah menyumbangkan kemakmuran kepada rakyat dan negara, manakala Najib Razak ternyata telah membawa malapetaka kepada rakyat dan negara.

PETALING JAYA 12 OKTOBER: Malaysia dilaporkan menikmati belanjawan lebihan (surplus) antara tahun 1993 hingga 1997, iaitu semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Kewangan, kata Pengarah Eksekutif Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajudin.

Beliau berkata, dalam tempoh itu negara berjaya mencatat lebihan RM6.6 bilion, iaitu nilai tertinggi yang pernah dicapai dalam bajet tahunan.

Bagaimanapun katanya, prestasi kewangan negara menjunam ke paras defisit yang teruk pada tahun 2009 semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil alih tampuk pemerintahan.


“Defisit paling teruk pernah dicatatkan pada tahun 2009 iaitu sejumlah RM47.4 bilion manakala dari segi peratusan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah 9.7 peratus.


“Sejak 2009, kita lihat perbekalan tambahan paling kurang dua kali setahun hingga menyebabkan perbelanjaan keseluruhan meningkat hampir RM260 bilion sehingga kini,” katanya,

Azrul Azwar

Azrul Azwar berkata demikian pada Forum Laporan Audit Negara: Kepincangan Urustadbir, Ketirisan dan Rasuah di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini malam tadi.

Laporan Audit yang dibentangkan baru-baru ini menunjukkan beberapa pembaziran dan ketirisan melampau antaranya, projek menambahbaik Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu; projek mewujudkan Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; projek pembentungan negara dan kelewatan mengutip cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Agensi penarafan kredit, Fitch Ratings pada Ogos lalu turut meletakkan unjuran penarafan kredit Malaysia daripada stabil kepada negatif serta mempersoalkan langkah kerajaan yang mengabaikan reformasi kewangan terutamanya selepas berakhir pilihan raya baru-baru ini.

Azrul berkata, hutang negara kini mencecah RM500 bilion dengan peratusan KDNK sebanyak 35 peratus sehingga hujung tahun 2012.

Menurutnya lagi, tiada jaminan daripada Kerajaan Pusat untuk berbelanja secara berhemah kerana perbekalan tambahan dikeluarkan sekurang-kurangnya dua kali setahun sejak 2009.

“Kita akan sukar untuk kekalkan hutang negara di bawah 55 peratus pada setiap masa kerana tiada sebarang reformasi fiskal dilakukan oleh kerajaan,” katanya lagi.
KERAJAAN RAKYAT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.