Followers

Saturday, October 12, 2013

Peluang Isa Samad Untuk Memenangi Naib Presiden Umno Semakin Gelap.. Ini Puncanya - Posted by Addin Deen.


Photo: 12 Oktober, 2013.

Peluang Isa Samad Untuk Memenangi Naib Presiden Umno Semakin Gelap.. Ini Puncanya

Posted by Addin Deen.

Peluang Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad (gambar) untuk memenangi jawatan naib presiden Umno semakin gelap apabila beliau diserang oleh blogger pro Umno, Rocky Bru hari ini.

Rocky atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Attan, yang rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, mendedahkan satu laporan polis akan dibuat terhadap Isa atas dakwaan membuat laporan palsu kepada Bursa Malaysia.

Ini berikutan tindakan Isa membuat laporan berkenaan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Venture Berhad, Tan Sri Sabri Ahmad kepada Bursa Malaysia mengenainya.

Isa bersama dua lagi tokoh Umno, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam sedang berusaha untuk mendapatkan tempat dalam barisan naib presiden Umno.

Penyandang jawatan ini sekarang adalah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Ahmad Zahid dilihat paling ke depan diekori Shafie dan Mukhriz manakala Isa termasuk dalam tiga yang sedang mencuba untuk dipilih oleh perwakilan Umno yang akan membuat pengundian hujung minggu depan.

Harapan Isa untuk menang adalah sokongan padu 54 bahagian Umno yang mempunyai kawasan Felda di samping tapak sokongannya di Negeri Sembilan.

Dalam postingnya hari ini, Rocky mendedahkan pelbagai dokumen berkaitan dengan laporan Isa kepada Bursa Malaysia itu dalam blognya.

Berdasarkan dokumen yang disertakan, Rocky berkata, Sabri sebenarnya tidak meletakkan jawatan sebagai Lembaga Pengarah dalam FGVH dan sebuah lagi syarikat, MSM Malaysian Holdings Berhad sebagaimana yang dilaporkan Isa.

"Jika FGV dan MSM melakukannya, maka mereka harus disiasat mengikut Seksyen 122B yang Akta Industri Sekuriti.

"Ia adalah satu jenayah yang boleh dihukum sehingga RM3 juta dan 10 tahun penjara kerana melakukan akuan berkanun palsu, termasuk perubahan dalam lembaga pengarah," tulis Rocky dalam blognya. ~tmi Peluang Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad (gambar) untuk memenangi jawatan naib presiden Umno semakin gelap apabila beliau diserang oleh blogger pro Umno, Rocky Bru hari ini.

Rocky atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Attan, yang rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, mendedahkan satu laporan polis akan dibuat terhadap Isa atas dakwaan membuat laporan palsu kepada Bursa Malaysia.

Ini berikutan tindakan Isa membuat laporan berkenaan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Venture Berhad, Tan Sri Sabri Ahmad kepada Bursa Malaysia mengenainya.

Isa bersama dua lagi tokoh Umno, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam sedang berusaha untuk mendapatkan tempat dalam barisan naib presiden Umno.

Penyandang jawatan ini sekarang adalah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Ahmad Zahid dilihat paling ke depan diekori Shafie dan Mukhriz manakala Isa termasuk dalam tiga yang sedang mencuba untuk dipilih oleh perwakilan Umno yang akan membuat pengundian hujung minggu depan.

Harapan Isa untuk menang adalah sokongan padu 54 bahagian Umno yang mempunyai kawasan Felda di samping tapak sokongannya di Negeri Sembilan.

Dalam postingnya hari ini, Rocky mendedahkan pelbagai dokumen berkaitan dengan laporan Isa kepada Bursa Malaysia itu dalam blognya.

Berdasarkan dokumen yang disertakan, Rocky berkata, Sabri sebenarnya tidak meletakkan jawatan sebagai Lembaga Pengarah dalam FGVH dan sebuah lagi syarikat, MSM Malaysian Holdings Berhad sebagaimana yang dilaporkan Isa.

"Jika FGV dan MSM melakukannya, maka mereka harus disiasat mengikut Seksyen 122B yang Akta Industri Sekuriti.

"Ia adalah satu jenayah yang boleh dihukum sehingga RM3 juta dan 10 tahun penjara kerana melakukan akuan berkanun palsu, termasuk perubahan dalam lembaga pengarah," tulis Rocky dalam blognya. ~tmi
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.