Followers

Saturday, October 12, 2013

MCA dicabar boikot kempen Sungai Limau jika benar berprinsip !!

Alizar Ali's photo.
Photo: MCA dicabar boikot kempen Sungai Limau jika benar berprinsip !!

KUALA LUMPUR: Taktik MCA untuk mengaitkan DAP dengan aspirasi negara Islam PAS ternyata gagal dan berakhir dengan reaksi masyarakat yang tidak percaya dengan propaganda parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13, Mei lalu.

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok dalam kenyataan medianya hari ini mengingatkan MCA bahawa parti itu telah mengalami kekalahan teruk pada PRU ke-13 lalu meskipun ia menjaja isu negara Islam terhadap DAP.


“Tetapi rakyat tidak percaya dengan penipuan MCA dan akhirnya ia sekadar menjadi parti 7-Eleven hari ini,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Seputeh.

Beliau turut mencabar MCA dan Gerakan memboikot kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Sungai Limau, Kedah, 4 November ini.

Cabaran Teresa adalah berdasarkan tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang melakukan politik balas dendam dengan menghukum mereka yang tidak menyokong BN, selain enggan meminta maaf terhadap kenyataan yang dibuat pada Disember 2008 yang menyeru supaya sekolah vernakular ditutup.

“Malah pemimpin MCA dan Gerakan sendiri baru-baru ini mengkitik Mukhriz akibat layanan baiknya kepada penyokong BN sahaja,” ujar Teresa.

Namun menurut laporan akhbar The Star hari ini, Pengerusi MCA Kedah terus mempertahankan keputusan untuk berkempen bagi BN dalam pada pilihan raya kecil itu.

“Bukan sahaja beliau tidak memberi sebab kenapa MCA tidak boleh memboikot kempen itu, beliau cuba mengalihkan perhatian daripada isu sebenar dengan bercakap mengenai objektif PAS untuk mewujudkan negara teokratik,”

“Ini memperlihatkan bahawa bukan sahaja MCA tahu ia tidak boleh menegakkan benang yang basah, malah ia jelas menunjukkan MCA adalah sebuah parti yang tidak mempunyai prinsip politik, keberanian mahupun maruah,” kata Teresa.

 
Posted by Jeebond BLM KUALA LUMPUR: Taktik MCA untuk mengaitkan DAP dengan aspirasi negara Islam PAS ternyata gagal dan berakhir dengan reaksi masyarakat yang tidak percaya dengan propaganda parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13, Mei lalu.

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok dalam kenyataan medianya hari ini mengingatkan MCA bahawa parti itu telah mengalami kekalahan teruk pada PRU ke-13 lalu meskipun ia menjaja isu negara Islam terhadap DAP.

“Tetapi rakyat tidak percaya dengan penipuan MCA dan akhirnya ia sekadar menjadi parti 7-Eleven hari ini,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Seputeh.

Beliau turut mencabar MCA dan Gerakan memboikot kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Sungai Limau, Kedah, 4 November ini.

Cabaran Teresa adalah berdasarkan tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang melakukan politik balas dendam dengan menghukum mereka yang tidak menyokong BN, selain enggan meminta maaf terhadap kenyataan yang dibuat pada Disember 2008 yang menyeru supaya sekolah vernakular ditutup.

“Malah pemimpin MCA dan Gerakan sendiri baru-baru ini mengkitik Mukhriz akibat layanan baiknya kepada penyokong BN sahaja,” ujar Teresa.

Namun menurut laporan akhbar The Star hari ini, Pengerusi MCA Kedah terus mempertahankan keputusan untuk berkempen bagi BN dalam pada pilihan raya kecil itu.
“Bukan sahaja beliau tidak memberi sebab kenapa MCA tidak boleh memboikot kempen itu, beliau cuba mengalihkan perhatian daripada isu sebenar dengan bercakap mengenai objektif PAS untuk mewujudkan negara teokratik,”

“Ini memperlihatkan bahawa bukan sahaja MCA tahu ia tidak boleh menegakkan benang yang basah, malah ia jelas menunjukkan MCA adalah sebuah parti yang tidak mempunyai prinsip politik, keberanian mahupun maruah,” kata Teresa.


Posted by Jeebond BLM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Post a Comment