Followers

Saturday, October 12, 2013

Naik! Naik! Naik! Penjawat Awam dapat NAIK utk seimbang BARANG NAIK



Orang Awam (Bukan Penjawat Awam) hanya dapat Barang Naik

Untuk Penjawat Awam:

Bajet 2014 : Bonus 2 Bulan, Elaun COLA RM300, Pinjaman Perumahan 1%

1. Bonus 2 bulan kakitangan awam sempena pembentangan Bajet 2014 Malaysia. Alasan Cuepacs : Kenaikan kos sara hidup kakitangan awam apatah lagi selepas harga petrol naik baru-baru ini.

2. Elaun sara hidup RM300 untuk kakitangan kerajaan diselaraskan antara kawasan bandar dan luar bandar. Alasan Cuepacs : Juga alasan yang sama. 
 
Kenaikan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia yang mana kakitangan awam ramai yang terasa bebanannya. Apatah lagi, kos sara hidup di semua kawasan tidak banyak berbeza.

3. Imbuhan tetap perumahan naik mengikut gred. Alasan Cuepacs : Setelah 15 tahun, Imbuhan tetap perumahan masih diberikan pada kadar yang sama. 
 
Sedangkan ramai penjawat awam yang terdiri daripada golongan rendah dan sederhana yang tidak mampu memiliki rumah sendiri berikutan harga rumah semakin melonjak tinggi sekarang ini.

4. Kadar faedah pinjaman perumahan kakitangan awam turun 1% berbanding 4% sekarang ini. 
 
Alasan Cuepacs : Kenaikan harga rumah yang semakin tidak munasabah & membebankan kakitangan awam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.