Followers

Tuesday, October 29, 2013

Muhyiddin mohon maaf berkenaan ucapan mengenai mantan Menteri Besar Kedah

Photo: Muhyiddin mohon maaf berkenaan ucapan mengenai mantan Menteri Besar Kedah

 Oktober 29, 2013

Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf secara terbuka atas ucapan beliau mengenai kematian mantan Menteri Besar Kedah,Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang dikatakan ada 'kaitan' penghapusan subsidi gula.

"Saya mohon maaf.Bukan tujuan saya untuk merendah-rendahkan atau mencemarkan nama baik Allahyarham kerana beliau adalah pemimpin yang banyak berjasa kerana saya pun banyak menziarahinya ketika beliau masih hidup," kata Muhyiddin kepada pemberita selepas menghadiri majlis sepetang bersama penduduk Bukit Choras disini.

Menurutnya,sebagai manusia jikalau kenyataan pada ucapan itu disalahtafsirkan atau dirasakan agak menyinggung perasaan keluarga Allahyarham,beliau memohon maaf."Tujuan ini adalah untuk kebaikkan dan bukannya ada niat yang jahat atau mengambil kesempatan untuk pilihan raya," katanya lagi.

Sebelum itu,pada sidang media yang berlainan pada pagi tadi,PAS Kedah melahirkan kekesalan dengan dakwaan Menteri Besar,Datuk Mukhriz Mahathir yang menyatakan bahawa PAS cuba mempolitikkan isu ucapan Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kematian mantan Menteri Besar Kedah,Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang dikatakan ada 'kaitan' penghapusan subsidi gula.

Pesuruhjaya PAS Kedah,Datuk Mahfuz Omar berkata pimpinan PAS mengharapkan Mukhriz tidak melakukan perkara yang sama dengan menyokong kenyataan itu."Setidak-tidaknya pun beliau (Mukhriz) mewakili Timbalan Perdana Menteri tampil memohon maaf kepada ahli keluarga Allahyarham dan seluruh penduduk di DUN Sungai Limau," kata Mahfuz kepada pemberita di Markas PAS PRK DUN Sungai Limau di Bukit Besar disini tadi.

Beliau menambah,Mukhriz sebagai Menteri Besar harus menjaga hubungan dengan seluruh rakyat negeri Kedah kerana Mukhriz mewakili orang Kedah."Mukhriz adalah Menteri Besar dan sentiasa berada disini manakala TPM pula berada di Putrajaya dan apakah beliau (Mukhriz) sanggup melihat ada orang atau keluarga yang sedih,pedih dan terasa yang amat sangat dari kenyataan yang dibuat oleh TPM dan keengganan beliau untuk memohon maaf,"katanya lagi. Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf secara terbuka atas ucapan beliau mengenai kematian mantan Menteri Besar Kedah,Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang dikatakan ada 'kaitan' penghapusan subsidi gula.

"Saya mohon maaf.Bukan tujuan saya untuk merendah-rendahkan atau mencemarkan nama baik Allahyarham kerana beliau adalah pemimpin yang banyak berjasa kerana saya pun banyak menziarahinya ketika beliau masih hidup," kata Muhyiddin kepada pemberita selepas menghadiri majlis sepetang bersama penduduk Bukit Choras disini.

Menurutnya,sebagai manusia jikalau kenyataan pada ucapan itu disalahtafsirkan atau dirasakan agak menyinggung perasaan keluarga Allahyarham,beliau memohon maaf.
 
"Tujuan ini adalah untuk kebaikkan dan bukannya ada niat yang jahat atau mengambil kesempatan untuk pilihan raya," katanya lagi.

Sebelum itu,pada sidang media yang berlainan pada pagi tadi,PAS Kedah melahirkan kekesalan dengan dakwaan Menteri Besar,Datuk Mukhriz Mahathir yang menyatakan bahawa PAS cuba mempolitikkan isu ucapan Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kematian mantan Menteri Besar Kedah,Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang dikatakan ada 'kaitan' penghapusan subsidi gula.

Pesuruhjaya PAS Kedah,Datuk Mahfuz Omar berkata pimpinan PAS mengharapkan Mukhriz tidak melakukan perkara yang sama dengan menyokong kenyataan itu.
 
"Setidak-tidaknya pun beliau (Mukhriz) mewakili Timbalan Perdana Menteri tampil memohon maaf kepada ahli keluarga Allahyarham dan seluruh penduduk di DUN Sungai Limau," kata Mahfuz kepada pemberita di Markas PAS PRK DUN Sungai Limau di Bukit Besar disini tadi.

Beliau menambah,Mukhriz sebagai Menteri Besar harus menjaga hubungan dengan seluruh rakyat negeri Kedah kerana Mukhriz mewakili orang Kedah.
 
"Mukhriz adalah Menteri Besar dan sentiasa berada disini manakala TPM pula berada di Putrajaya dan apakah beliau (Mukhriz) sanggup melihat ada orang atau keluarga yang sedih,pedih dan terasa yang amat sangat dari kenyataan yang dibuat oleh TPM dan keengganan beliau untuk memohon maaf,"katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.