Followers

Monday, October 28, 2013

KES TEMBAK DI KG BELANJA KIRI: Anggota polis digantung kerja

IPOH - Polis Bukit Aman mengeluarkan arahan menahan kerja anggota polis yang terlepas tembakan dan mengenai kanak-kanak berumur 10 tahun ketika mengosongkan pistolnya dalam kejadian di Kampung Belanja Kiri, Parit, pada 14 Oktober lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata perkara itu sudah dimaklumkan pada Jumaat lalu dan surat itu dijangka diterima minggu depan.

“Surat itu akan diserahkan kepada anggota berkenaan. Berapa lama dia (anggota) ditahan kerja tertakluk kepada keadaan tetapi kebiasaannya ia bergantung kepada tempoh perbicaraan.


“Namun saya percaya kes ini tentu sekali diberi keutamaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Golf Piala Ketua Polis Negara di sini, semalam. 

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kertas siasatan berhubung kes itu sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya minggu lalu, untuk tindakan lanjut.

Kanak-kanak itu selamat menjalani pembedahan mengeluarkan peluru itu pada 20 Oktober lalu.



#‎Foto‬:
 

MOHD. AZIZI ayah kepada Amar (dua dari kiri) melihat keadaan anaknya selepas dibawa keluar dari bilik pembedahan HRPB di Ipoh, Perak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.