Followers

Tuesday, October 22, 2013

Kerajaan Tarik Balik Pindaan Hukuman Hina Bendera Kebangsaan

Cadangan Pindaan Undang-Undang Berkaitan Bendera Kebangsaan Ditarik Balik [gambar fail]
Cadangan pindaan undang-undang untuk hukuman penjara mandatori bagi kesalahan merosakkan dan menghina bendera kebangsaan yang menjadi kontroversi telah ditarik balik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Kedua-dua kesalahan di bawah Fasal 5 dan 33 masing-masing dianggap lebih baik dilindungi di bawah undang-undang lain seperti Akta Keharmonian Nasional yang dicadangkan.

"Kesalahan menghina Jalur Gemilang yang terbaik adalah dilindungi di bawah Akta keharmonian Nasional yang dicadangkan.

"Vandalisme secara umum boleh dilindungi di bawah undang-undang kecil, tetapi kita perlu menyusun semula Fasal 33 untuk menggambarkan jenayah yang lebih serius dahulu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Keputusan itu dibuat berikutan perdebatan hangat mengenai pindaan Kanun Keseksaan di Dewan Rakyat, Selasa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


gambar fail
K’jaan akur, tarik balik pindaan hukuman hina bendera, vandalisme
Kerajaan menarik balik dua klausa dalam cadangan pindaan Kanun Keseksaan berhubung perbuatan menghina bendera Jalur Gemilang dan juga perbuatan vandalisme.
Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran mengesahkan perkara tersebut apabila menerima notis penarikan balik dua klausa berkenaan selepas perbahasan di Dewan Rakyat semalam.
“Memang kami menolak penghinaan terhadap Jalur Gemilang, tetapi kami menolak hukuman yang terlalu berat kepada sesiapa yang dikatakan menghina negara,” kata Naib Presiden KEADILAN itu pada sidang media di Parlimen hari ini.
“Kita tidak boleh menggunakan paksaan terhadap rakyat,” katanya yang turut menghargai penarikan semula dua klausa berkenaan, Klausa 5 dan 33 dalam Kanun Keseksaan.
Klausa 5 dalam rang undang-undang yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua semalam antara lainnya menggariskan hukuman penjara mandatori 15 tahun dan denda untuk kesalahan memijak Jalur Gemilang atau apa-apa bendera negara lain dengan niat untuk menghina.
Klausa 55 pula menyatakan bahawa individu yang mengambil bahagian dalam perbuatan vandalisme, termasuk memasang kain rentang dan poster haram, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun.
Surendran bagaimanapun berkata, Pakatan Rakyat tetap akan menentang pindaan terhadap klausa 11 yang memperuntukkan penjawat awam dilarang mendedahkan maklumat dalam kerajaan kerana ia menyamai Akta Rahsia Rasmi (OSA).
“Ia macam OSA baru untuk penjawat awam,” katanya dipetik The Malaysian Insider.
Isu penghinaan terhadap bendera Jalur Gemilang mula menjadi perhatian selepas beberapa individu mengibarkan Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang kemerdekaan baru-baru ini.


IdaMan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.