Bagi seorang anggota Puteri Umno di Putrajaya, tanggungjawab terhadap
parti merupakan dorongan kuat untuknya keluar mengundi sekalipun baru
lapan hari melahirkan anak kelima.
Maziah Mohd Dali, 31, hadir di Perbadanan Putrajaya lengkap berbaju Puteri Umno bagi menunaikan tanggungjawab itu.
"Saya datang untuk memilih pemimpin yang tepat untuk kebaikan parti. Lagipun ini tanggungjawab pertama saya setelah mendaftar sebagai anggota Puteri Umno," kata petugas di Jabatan Perkhidmatan Awam itu kepada pemberita.
Wanita itu yang ditemani adiknya Munirah, 20, berkata beliau berasa rugi jika tidak hadir memilih pemimpinnya.
Maziah merupakan antara 138 anggota Puteri Umno Putrajaya yang layak mengundi dalam pemilihan Umno kali ini.
- Bernama.
Malaysiakini.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.