Di tengah-tengah perbahasan hangat berhubung cadangan pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959, tindakan dua anggota Parlimen bercakap Tamil membuatkan Dewan Rakyat tercengang.
Ini mungkin kali pertama berlaku apabila bahasa Tamil mengambil tempat di Parlimen.
Lebih menarik, anggota Parlimen Umno, Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling), yang memulakannya.
G Manivannan (PKR-Kapar) mencelah dengan menyentuh isu kematian pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng, bulan lalu.
"Pengganas Sulu di Lahad Datu disemadi di Malaysia. Kenapa Chin Peng tidak boleh semadikan Chin Peng di sini sedangkan kita boleh semadi pengganas Sulu di sini?" kata Manivannan (kanan) dalam bahasa Melayu pada mulanya.
Azeez kemudian mengejutkan dewan dengan menjawabnya dalam bahasa Tamil: "Dei thambi (hei adik), (Chin Peng) mati di Bangkok, mereka ini mati di Sabah."
Kelihatan geli hati, Manivannan menjawab dalam bahasa Tamil, sambil menggelar Azeez sebagai "anne" (abang) dan menegaskan bahawa pengganas juga Sulu boleh dibawa balik ke negara asalnya.
Nizar
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.