Followers

Friday, September 20, 2013

Wanita Umno: Shahrizat gesa ahli tunggu giliran - OLEH YISWAREE PALANSAMY

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bercakap dengan pemberita pada sidang akhbarnya semalam. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 September, 2013.Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bercakap dengan pemberita pada sidang akhbarnya semalam. 
 
Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 September, 2013.“Ini yang saya gelar resipi sempurna,” kata Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ketika diminta untuk melakukan perubahan dalam pergerakan yang dipimpinnya.

Shahrizat hanya berdepan cabaran mudah dalam pemilihan Umno bulan hadapan bagi terus memimpin sayap itu selepas menerima cabaran daripada bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said yang kemudian menarik diri dan hanya mahu bertanding dalam Majlis Tertinggi (MT),

Bekas mentor Shahrizat, Tan Sri Rafidah Aziz, berkata Wanita Umno berdepan detik sukar mencari bakat yang berkredibiliti mewarisi sayap itu untuk pemilihan parti akan datang.

Semalam, Shahrizat bertegas lagi yang khidmatnya masih diperlukan dalam Wanita Umno.

Bercakap kepada The Malaysian Insider dalam satu majlis yang diadakan oleh perwakilan Umno Wilayah Persekutan, Shahrizat berkata, kepimpinannya dalam sayap itu diwarisi daripada dua bekas orang atasannya iaitu Tan Sri Rafidah Aziz dan Datin Paduka Siti Zaharah.

“Saya menunggu dan timba pengalaman. Begitu juga yang perlu dilakukan ahli Wanita Umno yang baru perlu belajar dari yang lama. Saya bertanggungjawab memastikan hal ini," katanya.

Rafidah dikalahkan Shahrizat pada 2009 dengan dua kali ganda undi daripada apa yang diperoleh Rafidah.

Semalam, Shahrizat menjelaskan, “Wanita Umno banyak calon muda yang berkebolehan, berkelayakan dan pintar. Mereka menyokong orang lama.”

Mengulas mengenai calon, katanya, “Perlu ada kombinasi teguh seperti pengalaman, kelayakan dan yang terpenting kesungguhan. Itulah sifat yang diperlukan.”

Beliau berkata, “Sehingga kini pun, orang lama dalam Wanita Umno perlu dihormati kerana mereka menunjukkan kesungguhan, komitmen serta pengalaman yang luas dalam parti.”

Pencabar Shahrizat dalam pemilihan parti bulan hadapan adalah ahli jawatankuasa Umno Kulim Bandar Baharu, Raihan Suleiman Palestin yang menyatakan hasrat untuk bertanding melalui satu kiriman Facebook.

Dalam melakukan perubahan, Shahrizat berkata, akan berlaku satu transformasi besar-besaran sayap itu dalam masa tiga tahun . “Jika saya menang penggal kedua. Saya tahu apa hendak buat,” katanya.

Pada satu sidang media sebelumnya, Shahrizat ditanya adakah penggal akan datang adalah yang terakhir baginya sebagai Ketua Wanita Umno, beliau berkata: “Jangan tanya tentang penggal terakhir. Kita tidak boleh ramal apa yang akan berlaku.”

Apabila ditanya kritikan banyak pihak terhadap pelantikannya sebagai penasihat khas hal ehwal wanita kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata, akan membuktikan kritikan mereka silap.

“Siapa jua yang dipilih oleh Perdana Menteri, itu haknya. Beliau memilih saya dan sememangnya saya bersemangat untuk berkhidmat serta membawa inisiatif keusahawanan kepada wanita semua kaum.

“Saya anggap kritikan sebagai satu cabaran,” katanya. – 20 September, 2013.


The Malaysian Insider.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.