Hari ini mungkin hari yang paling mengembirakan bagi Datuk Husam Musa
(gambar) kerana beliau berjaya menyelesaikan fitnah terhadapnya
menjelang muktamar empat tahun lalu apabila Mingguan Malaysia bersetuju
untuk menarik balik fitnah itu dan membayar kos RM40,000 kepadanya.
Persetujuan ini dicapai melalui penyelesaian damai yang dibacakan di
depan Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur, hari ini.
Mingguan Malaysia, versi mingguan kepada akhbar Utusan Malaysia,
bersetuju untuk menyiarkan penarikan balik itu dalam keluarannya 22
September ini dan bersetuju membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Husam.
Utusan juga berjanji tidak akan menyiarkan kembali perkataan fitnah itu dalam mana-mana penerbitannya.
Husam diwakili peguam Malik Imtiaz melalui Tetuan Thomas Philip manakala
Mingguan diwakili Tetuan Shafie and Mohan. Penasihat Undang-undang
Kanan Utusan, Shirad Anwar menandatangi persetujuan hari ini bagi pihak
Utusan. Turut berada di mahkamah ialah Zulkiflee Bakar, penulis rencana
berkenaan.
Menjelang muktamar PAS pada 2009, Mingguan Malaysia menyiarkan satu
tulisan bertajuk 'Menilai Hujah Husam' ditulis Zulkeflee yang
mengandungi penyataan fitnah terhadap Husam.
Antaranya, akhbar milik Umno itu menyiarkan tulisan:
"Ahli-ahli PAS tidak boleh membenarkan kehadiran mana-mana pemimpin yang
dilihat suatu hari kelak boleh menjadi 'makhluk perosak' atau melakukan
'kerja-kerja bodoh' dalam parti itu."
"Mereka tidak boleh menyiarkan ada pemimpin daripada golongan
profesional merelakan diri mereka diperalatkan oleh orang luar bagi
meruntuhkan kepimpinan ulama dalam PAS."
"Kalaulah puak-puak Erdogan dipilih, ahli-ahli PAS harus bersedia
melihat kedudukan ulama dalam parti itu berada dalam keadaan bahaya. Ini
kerana agenda golongan profesional daripada puak Erdogan untuk
menguasai PAS tidak akan berakhir di situ. Mereka akan melakukan
perancangan yang lebih teliti untuk memastikan agenda pihak tertentu di
luar PAS bagi menguasai parti berkenaan tercapai. Oleh itu mereka perlu
menghapuskan sebarang golongan yang boleh bertindak sebagai musuh dalam
selimut kepada PAS."
Husam ketika ditemui The Malaysian Insider hari ini berkata, beliau
gembira dengan keputusan yang dicapai dalam mahkamah hari ini.
"Isu ini berlangsung selama empat tahun tanpa penyelesaian dan menjadi
isu yang menyerang saya ketika itu," katanya ketika ditemui selepas
keputusan dibacakan.
Pada tahun berkenaan, Husam bersama Mohamad Sabu bertanding untuk
jawatan sebagai timbalan presiden PAS namun beliau dan Mohamad Sabu
kalah kepada Nasharudin Mat Isa yang disokong Utusan.
Ekoran itu, beliau menyaman Utusan, ketua pengarangnya serta penulis, Zulkeflee kerana memfitnahnya.
"Hari ini ia selesai. Saya harap tuduhan sebegini tidak berbangkit lagi," katanya. ~the malaysian insider
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.