Followers

Tuesday, September 10, 2013

Sebelum Sampai Ke Hakikat....Ada Syariat....

Qada dan Qadar adalah salah satu Rukun Iman , dan semua umat Islam wajib meyakini bahawa segala-segalanya, samada di langit atau pun di bumi adalah "ketetapan Allah". Itu adalah "hakikat". Namun di dalam Islam, sebelum sampai ke hakikat, ada "syariat" - peraturan - yang wajib di ikuti dan dipatuhi. Dan lantaran kerana syariatlah sekalian Nabi dan Rasul diutuskan kepada umat manusia.

Berkata para ulamak, syariat tanpa hakikat adalah hampa dan hakikat tanpa syariat adalah sesat.

Adalah tidak wajar untuk meletakkan alasan "ketetapan Allah" semata-mata untuk melakukan pembelaan terhadap apa juga perbuatan di alam syahadah sebelum dipatuhi segala "peraturan" (hukum syariat)nya.

Misalnya seseorang itu ditahan polis kerana telah berlaku kemalangan. Bolehkah beliau menjawab, "ah sudah ketentuan Allah bahawa, budak itu mati kerana dilanggar kereta!" 

Atau contoh kes ini: jika berlaku seseorang perogol ditangkap, bolehkah diterima alasan jika perogol itu menjawab: "oh sudah ketentuan Allah yang saya menjadi perogol" atau "sudah menjadi ketentuan Allah, budak itu menjadi mangsa rogol saya".

Jika demikian halnya maka tuan hakim pun boleh memberikan penghakiman begini:

"Kerana kamu kata sudah menjadi ketentuan Allah kamu menjadi seorang perogol, maka saya jatuhi hukuman sudah menjadi ketentuan Allah bahawa awak sang perogol dihukum dengan seratus kali sebatan!"

Dan mengikut analogi itu, maka kita menjawab kepada ulamak muda itu:

Tentangan rakyat terhadap kenaikan harga barang itu pun ketentuan Allah juga!

fb Anak-anak pasir puteh ( Tokjanggut Kelate )Tokjanggut Kelateposted toPejuang Tegar (PAKATAN RAKYAT)

Qada dan Qadar adalah salah satu Rukun Iman , dan semua umat Islam wajib meyakini bahawa segala-segalanya, samada di langit atau pun di bumi adalah "ketetapan Allah". 

Itu adalah "hakikat". Namun di dalam Islam, sebelum sampai ke hakikat, ada "syariat" - peraturan - yang wajib di ikuti dan dipatuhi. 

Dan lantaran kerana syariatlah sekalian Nabi dan Rasul diutuskan kepada umat manusia.

Berkata para ulamak, syariat tanpa hakikat adalah hampa dan hakikat tanpa syariat adalah sesat.

Adalah tidak wajar untuk meletakkan alasan "ketetapan Allah" semata-mata untuk melakukan pembelaan terhadap apa juga perbuatan di alam syahadah sebelum dipatuhi segala "peraturan" (hukum syariat)nya.

Misalnya seseorang itu ditahan polis kerana telah berlaku kemalangan. Bolehkah beliau menjawab, "ah sudah ketentuan Allah bahawa, budak itu mati kerana dilanggar kereta!" 

Atau contoh kes ini: jika berlaku seseorang perogol ditangkap, bolehkah diterima alasan jika perogol itu menjawab: "oh sudah ketentuan Allah yang saya menjadi perogol" atau "sudah menjadi ketentuan Allah, budak itu menjadi mangsa rogol saya".

Jika demikian halnya maka tuan hakim pun boleh memberikan penghakiman begini:

"Kerana kamu kata sudah menjadi ketentuan Allah kamu menjadi seorang perogol, maka saya jatuhi hukuman sudah menjadi ketentuan Allah bahawa awak sang perogol dihukum dengan seratus kali sebatan!"

Dan mengikut analogi itu, maka kita menjawab kepada ulamak muda itu:

Tentangan rakyat terhadap kenaikan harga barang itu pun ketentuan Allah juga!

fb Anak-anak pasir puteh ( Tokjanggut Kelate )
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.