KUALA LUMPUR:
Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat bahawa kenaikan harga petrol RON95
dan diesel sebanyak RM0.20 bermula hari ini adalah petanda awal Bajet
2014 yang akan dibentang bulan Oktober nanti sebagai tidak bersifat
mesra rakyat.
Menurut Pengarah Operasi PPP, Dr Mohd Zuhdi Marzuki (gambar) berbanding
dengan bajet tahun-tahun sebelum ini yang dilihat sebagai budget mesra
rakyat atau lebih tepat mesra pengundi, Bajet 2014 yang bakal
dibentangkan akan mula melaksanakan beberapa dasar kerajaan yang
tertangguh sebelum ini iaitu rasionalisasi subsidi dan reformasi
percukaian.
“Pelaksanaan tersebut meliputi pemotongan subsidi
barangan petroleum, pengurangan perbelanjaan kepada sektor pendidikan
dan kesihatan, kenaikan tarif elektrik dan pelaksanaan cukai barangan
dan perkhidmatan (GST),” ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di
bawah.
Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat bahawa kenaikan
harga Petrol RON 95 dan Diesel sebanyak RM0.20 bermula hari ini adalah
petanda awal Bajet 2014 yang akan dibentang bulan Oktober nanti sebagai
tidak bersifat mesra rakyat.
Berbanding dengan bajet tahun-tahun
sebelum ini yang dilihat sebagai budget mesra rakyat atau lebih tepat
mesra pengundi, Bajet 2014 yang bakal dibentangkan akan mula
melaksanakan beberapa dasar kerajaan yang tertangguh sebelum ini iaitu
rasionalisasi subsidi dan reformasi percukaian.
Pelaksanaan
tersebut meliputi pemotongan subsidi barangan petroleum, pengurangan
perbelanjaan kepada sektor pendidikan dan kesihatan, kenaikan tarif
elektrik dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Kerajaan
pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dilihat terpaksa
mengambil langkah ini, ketika desas-desus yang kuat menyebut Malaysia
mungkin akan menarik diri dari menandatangani Trans-Pacific Partnership
Agreement (TPPA).
Datuk Seri Najib telah diasak dari dalam dan
luar Umno untuk tidak menandatangani perjanjian tersebut yang
dianggapkan oleh mereka akan memberi ancaman kepada ekonomi negara
khususnya ekonomi kaum Melayu.
PPP berkeyakinan, sebelum ini
pentadbiran Datuk Seri Najib melihat perlaksanaan TPPA sebagai pilihan
alternatif untuk mengurangkan beban hutang dan perbelanjaan kerajaan,
sekaligus mengurangkan defisit budget yang telah berlanjutan lebih satu
dekad yang lalu.
Dengan perkembangan ekonomi Malaysia yang agak
beku disebabkan ketiadaan sumber-sumber pendapatan baru, kerajaan
pentadbiran Datuk Seri Najib hanya mempunyai dua pilihan utama, iaitu
meneruskan dasar-dasar yang telah digariskan oleh jawatankuasa Pemandu
yang diketuai oleh Datuk Seri Idris Jala atau menerokai pasaran dan
kemasukan modal asing melalui TPPA.
Berdasarkan beberapa
perkembangan sebelum ini, PPP menjangkakan kerajaan pentadbiran Datuk
Seri Najib akan memilih untuk menandatangani TPPA yang pada perkiraan
beliau akan memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat disamping akan
meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sesuai dengan matlamat
menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.
Bagaimanapun,
perlaksanaan TPPA telah mendapat tentangan kuat dari dalam dan luar Umno
termasuk daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad. PPP
percaya tentangan tersebut telah memberi kesan besar terhadap kedudukan
Datuk Seri Najib dalam Umno sendiri, serta menggugat kedudukan beliau
sebagai Perdana Menteri setelah prestasi buruk BN dalam PRU ke-13 lalu.
Datuk
Seri Najib akan melalui satu lagi episod getir pada hujung tahun ini,
iaitu pemilihan pimpinan baru Umno. Kesemua situasi ini menyebabkan
Datuk Seri Najib berkemungkinan akan mengambil langkah menarik diri dari
menandatangani TPPA, justeru beliau terpaksa memikirkan semula
cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh jawatankuasa Pemandu yang
meliputi rasionalisasi subsidi dan reformasi percukaian.
Prestasi
ekonomi semasa tidak memberi pilihan yang banyak kepada pentadbiran
Datuk Seri Najib dengan ramalan yang kuat berlakunya kemuncupan ekonomi
China dan situasi tidak menentu yang berterusan di Timur Tengah.
Perubahan yang berlaku kepada kedua-dua wilayah ekonomi ini akan memberi
kesan langsung kepada ekonomi Malaysia.
Pada ketika yang sama,
tiada perkembangan yang begitu menggalakkan daripada prestasi ekonomi
Asean sejak krisis ekonomi negara-negara anggota pada tahun 1997 dan
malah tiada juga perkembangan yang diharapkan selepas pelaksanaan AFTA.
Dengan
hutang kerajaan yang kian meningkat dan hutang isi rumah begitu
membimbangkan, PPP melihat ekonomi Malaysia semakin menuju
ketidakstabilan.
Berdasarkan realiti tersebut, PPP menjangkakan
pelaksanaan bajet dan lain-lain dasar yang tidak mesra rakyat akan
berlanjutan sehingga 2015, menyaksikan lebih banyak subsidi yang akan
dipotong dalam usaha mengurang perbelanjaan kerajaan.
Pada
ketika yang sama, PPP menjangkakan GST akan mula dilaksanakan secara
beransur-ansur dengan mengecualikan beberapa barangan dan perkhidmatan
tertentu.
Golongan yang begitu terkesan dengan budget lain-lain
dasar yang tidak mesra rakyat ini adalah golongan pertengahan terutama
golongan pertengahan rendah (lower middle class). Manakala dari segi
wilayah pula, golongan yang paling terkesan dengan pelaksanaan seperti
ini ialah penduduk bandar dan pinggiran bandar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.