Seorang pembantu jualan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah
Sesyen Ampang hari ini selepas didapati bersalah atas cubaan membunuh Ketua Pemuda Umno Kepong Datuk Norizan Ali menggunakan sebilah parang, tahun lepas.
Hakim Manira Mohd Nor membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan dihadapi Mohd Haswan Hashim, 23, di akhir kes pembelaan.
Beliau memerintahkan Mohd Haswan menjalani hukuman itu bermula hari ini.
Manira turut menolak permohonan peguam Muhamad Zarif Othman yang mewakili Mohd Haswan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu.
Dalam penghakimannya, beliau berkata pembelaan tertuduh bersifat penafian semata-mata malah wujud percanggahan keterangannya dengan saksi pembelaan.
"Saya telah membuat perbandingan sewajarnya antara keterangan mangsa dengan tertuduh dan saksi pembelaan kedua (Mohd Azril Ab Shukor), dan saya memilih untuk mempercayai mangsa," kata hakim itu.
Manira berkata tetakan terhadap mangsa secara bertubi-tubi sebanyak lima kali cukup menunjukkan niat pelaku yang ingin menyebabkan kematian mangsa.
Beliau berkata mahkamah turut mengambil kira faktor kepentingan awam dan keterangan impak saksi.
Mohd Haswan dan Mohd Azril, 29, didakwa menyerang Norizan, 41, dengan menggunakan parang di bahagian perut, badan dan tangan sehingga boleh menyebabkan kematian.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi jalan Cahaya 2, Ampang pada pukul 2.30 pagi, 24 Sept 2012, mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie.
Mohd Azril, seorang pengawal kelab sedang menjalani hukuman penjara enam tahun selepas mengaku salah terhadap pertuduhan sama pada 8 November 2012.
Sementara itu, Norizan yang hadir ke mahkamah memberi keterangan impaks mangsa berkata akibat kejadian itu, beliau mengalami gangguan mental dan fizikal sebagai seorang ahli politik.
"Saya perlu menanggung kesan kejadian itu, luka di bahagian perut masih dirasai terutama hanya dapat makan dalam kuantiti yang sedikit," kata Norizan.- Bernama.
Dicatat oleh ELBI RISALAH

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.