Tun
Dr Mahathir Mohamad hari ini menyokong langkah kerajaan membuat
pindaan untuk mengukuhkan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang
dibentangkan baru-baru ini di Dewan Rakyat bagi menahan seseorang
individu tanpa bicara.Bekas perdana menteri itu paling lantang mengecam
pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang memansuhkan beberapa akta
kontroversi sebelum ini menyifatkan langkah tersebut baik demi
kepentingan rakyat.
Saya
berpendapat undang-undang (pindaan PCA) tersebut baik untuk
kepentingan rakyat,” kata Dr Mahathir semasa sidang media di Sunway
Universiti hari ini.
Najib pada
2011 telah memansuhkan beberapa akta yang menahan seseorang tanpa
bicara, antaranya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan
Darurat (EO).
Kerajaan
sentiasa komited dalam mematuhi prinsip-prinsip hak asasi manusia
termasuk memberi pertimbangan sewajarnya dalam menyertai
konvensyen-konvensyen antarabangsa berkenaan hak asasi manusia.
Timbalan
Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata dalam masa yang sama
kerajaan tidak boleh bertoleransi dengan apa-apa perkara yang tidak
bermoral serta bertentangan dengan undang-undang, etika dan nilai agama
serta budaya yang diamalkan di negara ini, seperti kecenderungan seks
tidak normal.
Sementara
itu, Hindraf, ‘musuh’ yang bertukar menjadi sekutu pentadbiran,
menyuarakan kebimbangan mereka terhadap “kemerosotan” pentadbiran
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak “ke era gelap Mahathirisme”.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.