Followers

Thursday, September 26, 2013

Orang Najib Dipaksa Kibar Bendera Putih Kepada Orang Muhyiddin Di Setiawangsa.

Photo: Khamis, 26 September 2013.

Orang Najib Dipaksa Kibar Bendera Putih Kepada Orang Muhyiddin Di Setiawangsa.

Perebutan jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa antara Ahli Parlimen kawasan itu, Ahmad Fauzi Zahari dengan Izuddin Ishak yang pada mulanya dijangka sengit dan menarik, sudahnya berakhir dengan anti klimaks apabila salah seorang calonnya menarik diri setelah diarahkan berbuat demikian.

Izuddin Ishak yang mahu mencabar Fauzi untuk kali ketiga dikatakan menerima arahan itu atas alasan demi menghormati kedudukan Ahmad Fauzi sebagai Ahli Parlimen. Tidak diketahui siapa yang memberi arahan tersebut tetapi nama Presiden UMNO, Najib Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin sering dirujuk dan dijadikan sandaran untuk menghalalkan usaha mengelakkan pertandingan itu dengan alasan demi perpaduan, keharmonian serta menghormati kedudukan Ahmad Fauzi.

Beberapa pemimpin UMNO dalam Wilayah Persekutuan dipercayai memainkan peranan memujuk dan memastikan Izuddin menarik diri bagi laluan kemenangan tanpa bertanding kepada Ahmad Fauzi.

Sementara di bahagian-bahagian lain, Ahli Parlimennya bebas berlawan atau dilawan, bahkan di Kangar, Ahli Parlimennya bertanding merebut jawatan Ketua Bahagian melawan Menteri Besar Perlis, Azlan Man, tetapi di bahagian Setiawangsa ia sebaliknya cuba dikekang dan dielakkan.

Beberapa ahli dan ketua UMNO cawangan dalam bahagian itu melahirkan rasa kesal dengan arahan kepada Izuddin itu kerana UMNO seolah-olah tidak menghormati suara akar umbi di sebalik gema transformasi yang dilaung-laungkan ke seluruh pelusuk negara.

"Di sebalik UMNO melakukan transformasi dan memberi peluang kepada lebih ramai suara akar umbi menentukan siapa pemimpinnya, rupa-rupanya wahyu dari atas masih lagi diguna-pakai," kata seorang ketua cawangan yang enggan namanya dikenali.

Tambahnya, dengan adanya arahan tersebut sehingga Izuddin dalam keadaan terpaksa menarik diri daripada bertanding, transfomasi UMNO sebenarnya sudah jadi tunggang-langgang, tidak dihormati dan hanya mengikut suara pemimpin diatas.

Sekiranya pertandingan Ahmad Fauzi dengan Izzudin menjadi kenyataan, ia sebenarnya adalah pertandingan kali ketiga antara mereka setelah persaingan kali pertama berlaku pada 2001 untuk jawatan Ketua Pemuda di mana Ahmad Fauzi tewas manakala pertandingan kali kedua pula pada 2008 untuk jawatan Naib Ketua Bahagian di mana Izuddin pula tewas. Pertandingan kali ketiga ini dijangka akan menentukan siapa pemenang sebenarnya setelah kedua-duanya mempunyai "tauke" masing-masing di peringkat pusat.

Ahmad Fauzi dikenali sebagai orang Muhyiddin dan diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Malah, pencalonannya sebagai Ahli Parlimen menggantikan Zulhasnan Rafique dalam pilihanraya umum lalu adalah atas kepercayaan dan keyakinan Muhyiddin yang ketika itu menjadi Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan.

Izuddin pula mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Najib Razak dan sudah beberapa kali mengikuti rombongan bersama Perdana Menteri ke luar negara. Kelibatnya juga jarang tidak kelihatan di majlis-majlis yang diadakan di Seri Perdana atau di mana-mana saja Najib berada.

Selepas pilihanraya lalu, Najib Razak telah melantik Izuddin sebagai Pengarah Eksekutif Yayasan Kesejahteraan Bandar dan ia dilihat sebagai deretan usaha Najib memberi habuan kepada penyokong-penyokongnya dan juga sebagai langkah mengukuhkan lagi kedudukannya berikutan hanya kemenangan tipis dicapai dalam pilihanraya 5 Mei lalu.

Secara mudahnya, sementara Ahmad Fauzi dikenali sebagai orang Muhyiddin dijadikan Ahli Parlimen, dalam masa yang sama Izuddin pula yang merupakan orang Najib diberikan habuan dan kedudukan dalam Yayasan Kesejahteraan Bandar.

Walaupun jangkaan awal sebelum ini bahawa Muhyiddin bakal mencabar Najib tidak menjadi kenyataan dan kedua-dua pemimpin itu sepakat untuk terus bekerjasama dan bersatu hati, namun arahan kepada Izuddin agar menarik diri dan tidak mencabar Ahmad Fauzi seolah-olah memberi gambaran bahawa Muhyiddin masih mempunyai perancangan lain dan cuba memastikan orang-orangnya mempunyai kedudukan yang selamat.

Dengan Izuddin yang dikenali sebagai orang Najib dipaksa mengibarkan bendera putih kepada Ahmad Fauzi yang merupakan orang Muhyiddin, sebenarnya lebih banyak persoalan bakal timbul berbanding masalah yang kononnya berjaya ditutup melalui tiadanya pertandingan antara kedua mereka itu.

Tetapi yang pasti, kesan segera daripadanya ialah transformasi politik dan penghargaan UMNO kepada ahli akar umbi untuk menentukan pemimpin pilihan mereka sendiri melalui peraturan baru yang diperkenalkan, kini beransur-ansur sudah tidak dipercayai lagi.

SH
Posted & copy by Rakyat Marhaen. Perebutan jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa antara Ahli Parlimen kawasan itu, Ahmad Fauzi Zahari dengan Izuddin Ishak yang pada mulanya dijangka sengit dan menarik, sudahnya berakhir dengan anti klimaks apabila salah seorang calonnya menarik diri setelah diarahkan berbuat demikian.

Posted & copy by Rakyat Marhaen.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.