FILEM TANDA PUTERA - secebis pandangan rambang!
(Aku bercakap dalam BAHASA NAFSUKU, anak-anak bawah umur perlu bimbingan)
Malam ini tadi, aku sekeluarga pergi menonton filem yang banyak
pablisiti, aku sekeluarga duduk macam raja, kerana hanya dua keluarga
saja yang berada dalam panggung menonton filem ini. Aku hairan kenapa
terjadi demikian!
Sial punya filem, filem ini membuatkan aku takut...apa tidaknya, hanya
dua keluarga sahaja yang menonton dipanggung yang kosong.
Diskrin,
kelihatan imbasan 13 Mei, orang-orang China sedang melanyak orang Melayu
apatah lagi, bila dipaparkan trajedi di sebuah panggung wayang diChow
Kit (semua orang Melayu tahu cerita ini) bagaimana orang Melayu
dibunuh-leher disembelih dalam panggung wayang tersebut.
Cuba bayangkan,
panggung ini terletak dikawasan majoriti orang China. Filem ini amat
membahayakan penontonnya!
Aku adalah penyokong kuat kerajaan, tetapi malam ini ...aku
meng-Pokaimak-kan kerajaan termasuk producer dan pengarahnya dan mereka
yang meluluskan filem ini. Aku rasa, bukan ini caranya untuk MENYATUKAN
BANGSA! Meng-UNGKIT kisah yang lalu, tidak akan membawa kita kemana-mana
kecuali SIA-SIA.
Filem ini dari awal hingga akhir, menggambarkan betapa lemahnya Tun
Razak (The Sickman) yang sentiasa sakit dan MENGERANG dan selalu merujuk
kepada Tun Dr. Ismail , orang kanannya tentang pentadbiran negara.
Karakter Tun Razak yang dipegang oleh pelakunnya mempaparkan LAKUNAN
yang terlalu 'BETINA' -Filem ini secara tidak langsung, aku lihat
sebagai menjatuhkan kredibiliti Tun Razak dan juga kewibawan saudaraku
Najib yang menjadi Perdana Menteriku ketika ini.
Bertambah lagi
runsingnya hatiku, ketika Count Down Merdeka tempoh hari, Najib tidak
kelihatan kecuali Timbalannya (beliau datang lewat) ! Maka terjadilah
berbagai-bagai ANDAIAN dimindaku yang sentiasa kuning. Filem ini lemah,
dan tidak sepatutnya ditayang kepada umum.
Filem ini juga aku lihat mengambarkan suasana yang agak tegang pada masa
lalu...TEMBAK SANA...TEMBAK SINI, apatah lagi sekarang ini juga, LETUP
SANA -LETUP SINI. Aku menjadi gusar tentang keselamatan apabila menonton
filem ini.
Kalau ada diantara kita yang ingin menonton filem ini, janganlah bawa
keluarga...nanti banyak yang akan dipersoalkan oleh anak-anak.."Eh,
kenapa orang China tu sembilh orang Melayu tu dalam panggung,
ayah?"...."Eh itu Tun Razak? ...kesian dia mengerang sakit!"
Filem ini amat memalukan BANGSA MALAYSIA itu sendirinya. Yang sudah
tu....sudahlah...Ayuh, mari kita bina SATU BANGSA yang bolih hidup
harmoni didalam kancah BERBAGAI-BANGSA.
Sial punya filem !
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.