Yang lucunya, kenyataan itu menyebut, tidak akan ada ‘kenaikan tambang’ bagi perkhidmatan bas ekspres pada masa ini, tetapi pengendali bas ekspres dibenarkan untuk meneruskan bayaran tambahan kepada penumpang sebanyak 10% sebagaimana diperkenalkan pada Hari Raya.
Kebenaran SPAD mengenakan tambahan tambah 10% untuk sambutan hari raya eidul fitri dijadualkan berakhir Ahad 8 September.
Menurut kenyataan itu lagi, keputusan tidak menaikkan tambang itu diambil walaupun harga petrol dan diesel telah meningkat sebanyak 20 sen seliter pada Selasa.
Menurut SPAD, keputusan itu diambil selepas meneliti kos operasi seperti bahan api, upah dan kos penyelenggaraan yang akan meningkat disebabkan oleh kenaikan harga bahan api.
SPAD kini dalam peringkat akhir mengkaji kadar tambang bas ekspres, dan akan memastikan tambang baru itu tidak akan membebankan rakyat dan pengendali.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.