[BH] Washington: Satu kajian yang dijalankan penyelidik Amerika Syarikat
mendapati amalan meminum dua cawan coklat panas setiap hari, mampu
meningkatkan ketajaman otak di kalangan orang dewasa.
Masalah dimensia atau hilang daya ingatan berpunca daripada kelainan
yang berlaku, mendorong pakar neurologi, Farzaneh Sorond dari Sekolah
Perubatan Harvard menjalankan kajian untuk memahami bagaimana aliran
darah di otak mempengaruhi kemampuan seseorang untuk berfikir.
Gangguan aliran darah
Beliau kemudian membuat penelitian ke atas 60 responden, kebanyakannya
berusia 73 tahun yang tidak terkena Dimensia, bagaimanapun, 18 orang
daripada mereka didapati mengalami gangguan aliran darah ke otak mereka.
Mereka kemudian diminta meminum dua cawan coklat panas setiap hari
selama sebulan sebelum menjalani ujian daya ingatan dan berfikir.
Sorond menggunakan kaedah ultrasound untuk mengukur kadar aliran darah ketika ujian dilakukan.
“Apa yang saya dapati ialah aliran darah ke bahagian tertentu otak
semakin meningkat, begitu juga fungsinya ketika diberi tugas kognitif,”
katanya.
Ada hipotesis yang menyatakan bahawa bahan antioksida flavanol, yang ada di dalam coklat dapat meningkatkan daya kognitif.
Bagaimanapun, pakar penyakit Alzheimer, Paul Rosenberg dari Universiti
John Hopkins yang menulis sebuah esei untuk melengkapkan penelitian
Sorond dalam jurnal Neurology, menyatakan bahawa teori itu tidak
sepenuhnya benar.
“Sorond menguji coklat dengan sedikit kandungan flavanol dan yang tinggi
kandungan bahan itu tetapi mendapati tiada perbezaan di dalam
hasilnya,” katanya.
Penawar penyakit
Rosenberg bagaimanapun menyifatkan kajian Sorond sebagai langkah pertama
yang penting ke arah kajian lebih terperinci pada masa depan bagi
mencari penawar penyakit Alzheimer.
“Kami tidak akan mengatakan minumlah coklat panas sekarang, tetapi ada
kemungkinan wujud bahan dengan nilai ubat di dalam koko.
Jadi tiada
salahnya kita menikmati coklat panas yang dienakkan lagi dengan tambahan
krim putar. Ia benar-benar lazat,” katanya. AGENSI - 8/9/13
Duniacacamarba
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.