JERANTUT: Gara-gara ingin cepat kaya, seorang lelaki kerugian RM86,000
apabila menjadi mangsa penipuan seorang wanita Indonesia di bandar ini, Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata kejadian kira-kira 12 tengah hari itu berlaku di hadapan sebuah bank di Jalan Tahan, di sini apabila mangsa didatangi wanita itu yang mengaku memenangi tiket toto bernilai RM200,000.
Katanya wanita itu memberitahu mangsa berusia 50 tahun itu yang dia memerlukan wang segera kerana kakaknya di Indonesia sakit dan dia mahu pulang ke Indonesia tetapi kesuntukan masa untuk menukar tiket tersebut.
"Wanita itu berjaya memperdayakan mangsa untuk menyerahkan wang RM6,000 dan setelah yakin dengan pujuk rayu suspek, mangsa terus ke bank lalu mengeluarkan RM80,000 lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya selepas menyerahkan wang itu, suspek mengajak mangsa untuk urusan membuat salinan kad pengenalan di sebuah kedai sebelum dia melarikan diri ketika mangsa di dalam kedai.
Dalam kes lain, Azid berkata seorang wanita berusia 57 tahun kerugian RM14,000 apabila ditipu seorang lelaki dipercayai warga asing yang memperdayakannya dengan menjual batu permata, Selasa lepas.
Katanya kejadian berlaku ketika mangsa sedang membeli sayur-sayuran di pekan sehari di Padang Piol, dekat sini apabila mangsa didatangi seorang lelaki yang bercakap dalam berbahasa Indonesia menawarkannya untuk membeli batu permata.
"Selepas berbincang akhirnya mangsa bersetuju mengikut suspek ke sebuah masjid untuk mengambil wuduk, sebagai syarat sebelum diserahkan batu permata itu," katanya.
Menurutnya mangsa diarahkan menanggalkan barangan kemas yang dipakai kepada suspek iaitu sebentuk cincin, seutas rantai tangan dan seutas rantai leher bernilai RM14,000 ketika mengambil wuduk.
Azid berkata lelaki itu kemudiannya menyerahkan sampul surat yang dikatakan mengandungi batu permata dan perlu dibuka di rumah sebelum suspek melarikan diri dengan barangan kemasnya.
"Mangsa yang membuka sampul surat tersebut terkejut apabila mendapati ia hanya mengandungi batu-batu biasa," katanya.
-Bernama-

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.