Hari Pembersihan Madinah dan Istana Ad Dajjal
di Jabal Habshi
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW telah bersabda:"Tidak seorang nabi kecuali ia telah memperingatkan kaumnya terhadap sang pendusta yang buta sebelah mata.Ketahuilah bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Tuhanmu tidak buta sebelah mata dan di antara kedua matanya tertulis "kaaf", "faa", "raa".
(Hadis Riwayat Muslim)
Dari Anas bin Malik r.a.,Rasulullah SAW telah bersabda:
"Tiada suatu negeri
pun melainkan akan didatangi oleh Dajjal kecuali hanya Makkah dan
Madinah yang tidak.Tiada suatu lorong pun dari lorong-lorong Makkah dan
Madinah itu melainkan disitu ada para malaikat yang berbaris rapat untuk
melindunginya.
Kemudian Dajjal itu turunlah di suatu tanah yang berpasir
di luar Madinah,lalu kota Madinah bergoncanglah sebanyak tiga goncangan
dan dari goncangan-goncangan itu Allah SWT akan mengeluarkan akan
setiap orang kafir dan munafik".(Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)
Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah SAW bersabda:“Bumi yang paling baik adalah Madinah.
Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah SAW bersabda:“Bumi yang paling baik adalah Madinah.
Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh
malaikat.Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah.Pada waktu datangnya
Dajjal (di luar Madinah),kota Madinah bergegar tiga kali.
Orang-orang
munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing
kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah.Kaum wanita adalah
yang paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari
pembersihan.Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi
membersihkan karat-karat besi".(Hadis Riwayat Muslim)
Dari
Abdullah ibn Shafeeq,daripada Muhjin ibn Adraa,Rasulullah SAW bersabda
kepada orang ramai;"Hari Pembebasan,Hari pembebasan,Hari Pembebasan!"
dan mengulanginya tiga kali.Baginda SAW ditanya oleh seorang
sahabat,"Apakah Hari Pembebasan?".
Baginda SAW menjawab:"Dajjal (penipu
pada akhir zaman),Dajjal akan datang,memanjat dan menetap di atas Jabal
Habshi,melihat ke arah Madinah dan bertanya kepada para
pengikutnya; Adakah anda melihat Istana Putih itu?.itulah Masjid
Muhammad.
Kemudian Dajjal akan cuba mendekati kota Madinah dan mencari
jalan di setiap sudut tetapi malaikat menghalalangnya dengan pedang dan
Dajjal akan sampai ke tanah lapang Al Jurf dan membuat kem.
Madinah akan
bergegar sebanyak 3 kali dan akan ada orang munafik lelaki atau wanita
keluar untuk menyertai Dajjal,ini adalah hari pembersihan".(Hadis Sahih
Shawahid oleh Sheikh Mustafa al 'Adawi dalam Sahih al Musnad,Hadis al
Fitan (Jilid: 1991, m/s: 496).
Dari Abu Darda r.a.,Rasulullah SAW bersabda,"Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf,dia akan terlindung dari fitnah Dajjal".(Hadis Riwayat Muslim)
Adakah kita telah siap sedia berhadapan dengan al Masih ad Dajjal?.Segala kelengkapan untuk Dajjal telah dipersiapkan oleh pengikutnya dan terbukti berdasarkan hadis-hadis berkaitan..
Dari Abu Darda r.a.,Rasulullah SAW bersabda,"Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf,dia akan terlindung dari fitnah Dajjal".(Hadis Riwayat Muslim)
Adakah kita telah siap sedia berhadapan dengan al Masih ad Dajjal?.Segala kelengkapan untuk Dajjal telah dipersiapkan oleh pengikutnya dan terbukti berdasarkan hadis-hadis berkaitan..
Akan tetapi harus diingat bahawa Dajjal tidak akan datang kepada setiap
orang manusia dan di setiap penjuru muka bumi ini dengan memperlihatkan
dirinya yang 'bermata satu' (luaran) untuk membuktikan dan juga
menyesatkan manusia tetapi cukup sekadar menciptakan satu sistem
kehidupan yang mana manusia dipersembahkan dalam pelbagai aspek duniawi
yang sibuk,penuh nikmat,keselesaan,tidak bertuhan dan jauh dari pegangan
mahu pun petunjuk al Quran dan as Sunnah agar umat Islam sentiasa lalai
dan menjauhkan diri dari beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT
sehinggakan dalam diam ia membutakan 'mata hati' di dalam diri kita.
Inilah sebahagian fitnah al Masih ad Dajjal..Adakah kita Sedar?,Masih Lalai?,Sibuk dengan duniawi?,
Inilah sebahagian fitnah al Masih ad Dajjal..Adakah kita Sedar?,Masih Lalai?,Sibuk dengan duniawi?,
Tidak Percaya Al Quran & As Sunnah
telah menceritakan segalanya bagi mereka yang mahu membuka mata
hati.semoga Allah SWT menambahkan kefahaman ilmu-NYA kepada kita dalam
segala hal.
Wallahu a'lam..
Wallahu a'lam..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.