PETALING JAYA:
Hasrat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk menang tanpa
bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda pada 12 Oktober depan tidak
tercapai apabila anak bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid
dijangka mencabarnya.
Anak Sanusi, Akhramsyah Muamar Ubaidah, adalah anak Sains MARA dan juga ahli setia UMNO (no 01827033, Bendang Baru, Langkawi).
Berijazah
Sarjana Kejuruteraan Kimia dari Imperial College, London, dan aktif
mengasas, mengerak dan menghidupkan NGO sejak zaman universiti lagi.
Kini diamanahkan sebagai Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia
(MAYC) sesi 2010-2012.
“Saya
ingin mengabdikan diri, berganding bersama kawan-kawan, untuk
mengembalikan kegemilangan ke Pergerakan pemuda Umno Malaysia
berlandaskan nilai-nilai keikhlasan dalam perjuangan serta bersatu dalam
melaksanakan agenda,” tulisnya dalam blognya Tangents:Restless musings
of a Malay mind pada 14 September lalu.
Beliau akan membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi.
Pada
tahun 2009, Khairy ditentang anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Datukl
Mukhriz dan Datuk Dr Khir Toyo dalam pertandingan tiga penjuru. Tetapi
kall ini Khairy ditentang anak Sanusi yang kebetulan pula Sanusi adalah
kawan rapat Dr Mahathir.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.