KUALA
LUMPUR 25 SEPT: Datuk Seri Najib Razak tidak perlu bermain kata-kata
bagi membendung gejala rasuah sedangkan indeks rasuah pentadbiran
Perdana Menteri itu semakin parah.
Situasi itu menunjukkan kerajaan tiada komitmen mengatasi gejala
berkenaan sedangkan isu rasuah acap kali dibangkitkan selama ini.
Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, berkata Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi lebih kuasa dari segi
pendakwaan supaya mereka yang sabit kegiatan rasuah dijatuhi hukuman
setimpal.
“Kenyataan ini terlalu kerap kita dengar dari Perdana Menteri tetapi pentadbiran hari ni yang lebih parah dari PM lalu.
“Indeks rasuah terlalu parah. Ini menunjukkan tiada komitmen dan
kalau ada kesungguhan, saya ada beberapa saranan yang menjadikan SPRM
itu diperkasa.
“Wujudkan bajet besar untuk membentuk suruhanjaya perkhidmatan
sendiri supaya mereka boleh melantik atau memecat mana-mana pegawai. Ini
tidak dilakukan malah ditangguh beberapa kali,” katanya kepada TV
Selangor.
Najib kononnya mahu menjadikan rasuah sebagai perkara silam demi masa depan negara.
Timbalan Presiden PKR itu berkata, martabat SPRM diangkat jika tiada
campur tangan mana-mana pihak dan ‘tangan-tangan eksekutif’.
“Jangan bermain dengan kata-kata. Kerana kewibawaan itu penting dalam
mana-mana pentadbiran. Ia hanya dapat dipertahan dan dimuliakan kalau
SPRM menjadi badan bebas dan tidak terikat,” katanya.
Selangorku
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.