Followers

Monday, August 26, 2013

Zahid maafkan orang yang tidak mengundinya FMT Staff |

“Hari ini saya jemput semua. Orang yang tak undi saya pun saya jemput meraikan majlis ini,” katanya lagi. 
 
BAGAN DATOH: Ahli parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaafkan semua pengundi kawasan tersebut termasuk yang tidak mengundinya pada 5 Mei lalu.

“Sempena hari raya Aidilfitri, saya memaafkan semua termasuk mereka yang tidak mengundi saya,” katanya ketika berucap di majlis Hari Raya Aidilfitri di kawasan beliau Sabtu lalu.

Katanya, beliau menjemput semua penduduk Bagan Datoh ke majlis hari raya itu yang diadakan di tapak baru Wisma Umno Bahagian.

“Hari ini saya jemput semua. Orang yang tak undi saya pun saya jemput meraikan majlis ini,” katanya lagi.

Pada pilihanraya umum lalu, beliau menang dengan majoriti 2,108 undi di mana beliau mendapat 17,176 undi manakala calon PKR, Madhi Hasan mendapat 15,068 undi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata umat Islam di Malaysia berpuasa 29 hari sahaja tetapi sambutan hari raya biasanya sampai 40 hari.

“Inilah kehebatan sambutan hari raya di Malaysia sedangkan di negara lain hari raya disambut pada 1 Syawal sahaja,” katanya lagi.

Di majlis itu yang dianjurkan oleh Astro turut dimeriahkan dengan artis-artis Astro seperti Mawi, Mila, Jay Jay dan Datuk Shake.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.