KUALA LUMPUR, Ogos 25 : Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mndesak Perdana Menteri mengkaji semula kedudukan Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) P. Waythamoorty sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Menurutnya, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengambil tindakan tegas termasuk melucutkan jawatannya sebagai timbalan menteri kerana kenyataan Waythamoorty dilihat sebagai prejudis apabila mempertikaikan tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang baru-baru ini.
Beliau berkata, kenyataan timbalan menteri berkenaan jelas menunjukkan beliau masih belum memahami apa sebernarnya tugas dan tanggungjawab sebagai anggota kabinet dan pengerusi Hindraf, sebuah pertubuhan yang sebelum ini dianggap radikal kerana pernah terbabit dalam perhimpunan haram mengecam kerajaan Barsian Nasional (BN).
Perdana Menteri tegasnya, perlu mengambil tindakan terhadap pengerusi Hindraf yang seolah-olah tidak menghormati rakan-rakannya dalam kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Lagipun, Hindraf bukannya pertubuhan politik, tidak pernah menyertai BN, jadi tidak ada sebab mengapa kedudukan beliau masih perlu dikekalkan setelah mengeluarkan kenyatan yang tidak rasional,”tegasnya dalam satu kenyataan di blognya www.umnobahagiancheras.blo
Untuk rekod, Hindraf pernah bersekongkol dengan pakatan pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan BERSIH mengadakan demontasri jalanan mengecam dan mengutuk kerajaan BN pimpinan Najib.
Oleh sebab itu tegas Syed Ali, beliau menyokong penuh desakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu Waythamoorty berhenti memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan, sebagai jemaah menteri beliau sepatutnya bersikap profesional.
Beliau menjelaskan, pengerusi Hindraf itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seolah-olah mempertikai dan merendahkan kredibiliti serta bidang tugas pasukan polis dalam usaha membendung kegiatan jenayah di negara ini.
Oleh itu katanya, apabila beliau mempertikaikan tindakan polis menembak mati penjenayah berkenaan akan menimbulkan prasangka apakah timbalan menteri berkenaan melihat insiden tersebut daripada sudut pandangannya sebagai pengerusi Hindraf.
Menurut Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO/BN Wilayah Persekutuan, sebagai anggota kabinet, Waythamoorty sepatutnya bijak untuk membezakan potfolionya di dalam kementerian dan kedudukannya sebagai pengerusi Hindraf.
Tambahnya, apabila beliau mencampuri urusan atau bidang tugas kementerian yang tidak bersangkutan dengannya, bermakna pengerusi Hindraf tersebut secara langsung tidak menghormati menteri berkenaan.
“Kenyataan tesebut seperti Waythamoorty memihak kepada kaum tertentu, ini boleh mencetuskan tanggapan kurang baik kepaada masyarakat umum,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Syed Ali menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan Gereja Roman Katolik berhubung penggunaan kalimah Allah sebagai wajar dan bertepatan dengan kepentingan Islam sebagai agama rasmi negara.
“Semua pihak harus menghormati keputusan tersebut dengan hati terbuka, ianya satu keputusan baik dan saya berharap selepas ini tidak ada lagi perbahasan atau pertikaian berhubung pennggunaan kalimah Allah dibuat oleh pihak terbabit,” ujarnya. - TMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.