Tidak pernah terjadi dalam sejarah perkhidmatan Polis diRaja Malaysia mendapat pujian kerana mendoakan orang awam yang ditimpa musibah. Sub Inspektor Zakarian Abdul Razak mencipta sejarah tersendiri apabila muncul anggota polis pertama menerima ucapan tahniah daripada seorang awam kerana kelainan yang dibuat olehnya.
Beliau mengetuai beberapa pegawai polis beragama islam membaca doa untuk jenazah seorang wanita yang meninggal dunia akibat kemalangan di lebuhraya PLUS dekat Bukit Tagar , Rawang, Selangor.
Tindakan beliau wajar menjadi contoh kepada semua anggota polis lain dalam menangani semua situasi membabitkan orang awam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.