Followers

Friday, August 16, 2013

Setelah penat menyalak !

 
Mana perginya wakil-wakil rakyat yang isytiharkan diri mereka menjadi katak dengan melompat keluar daripada Pakatan Rakyat dahulu?

Mengapa senyap sunyi sahaja? Suatu ketika dulu mereka ini menjerit lantang menghentam kiri dan kanan Anwar dan parti yang mereka pernah wakili dahulu.

Begitu juga mereka yang 'dikutip' balik untuk dijadikan calon tetapi malangnya mereka ini juga kalah dengan 'bergaya', kerana rakyat tak bangang (macam ahli-ahli umno) rakyat dapat menilai siapa wajah-wajah mereka ini yang sebenarnya.

Perkara ini sepatutnya menjadi ikhtibar kepada mana-mana wakil rakyat yang menang pada PRU-13 agar tidak menipu atau mengkhianati pengundi anda yang telah memberikan mandat.

Justeru, jangan mudah terpedaya dengan janji manis lawan kerana anda hanya akan dijadikan alat untuk beberapa ketika sahaja.

Selepas berakhirnya pilihan raya tiada siapa yang akan melayan atau sudi mengambil orang seperti ini kerana sikap tidak setia dan tiada pendirian serta tidak mempunyai prinsip ini sukar dipercayai oleh sesiapapun.


 



Sayang seribu kali sayang apabila seseorang tokoh politik yang disifatkan berwibawa, bijak, berpengaruh, mendapat kedudukan yang baik dalam parti dan mempunyai harapan cerah pada masa hadapan tiba-tiba bertukar haluan berpusing 360 darjah cuba mengkhianati partinya sendiri yang mana seolah-olah seperti juga mengkhianati dirinya sendiri.

Inilah yang berlaku dalam beberapa PRU terdahulu dan masih tetap berlaku jika orang saperti ini yang tiada jati diri sanggup mengadaikan maruahnya sendiri kerana hanya kepentingan peribadi dan tidak memperdulikan apa-apa yang akan mereka hadapi selepas itu walaupun mereka tahu segala risiko yang menanti.

dollah yankee -

Nampak Zahrain Hashim dok minum kopi sorang-sorang ...


Posted by dollah yankee

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.