[SH] SEREMBAN - Seorang peniaga kepak ayam dihadapkan di Mahkamah
Majistret di sini, semalam atas tuduhan memukul bekas teman wanita
dengan tukul besi di sebuah rumah di Taman Jasper Jaya, Sabtu lalu.
Sion Khong Poh, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta
dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan
Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, Khong Poh didakwa dengan sengaja mencederakan Lin
Pui Leen, 29, di No 35, Jalan 3, Taman Jasper Jaya, di sini, kira-kira
8.30 pagi.
Dia dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh
dipenjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau sebatan atau
mana-mana dua seksaan itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Mohammad Zanudin menawarkan
wang jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh yang tidak
diwakili peguam merayu wang jaminan dikurangkan.
Mohamad Izwan kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM3,200
dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 4 Oktober depan.
Sebelum ini, media melaporkan wanita terbabit dipukul sehingga menerima 30 jahitan pada kepala.
Duniacacamarba
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.