DUNGUN: Tindakan
biadab seorang gadis membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa untuk
berasmara bukan sahaja memalukan jiran tetangga, malah lebih
mendukacitakan, perbuatan terkutuk itu dilakukan ketika umat Islam lain
berlumba-lumba melakukan ibadat pada malam-malam terakhir Ramadan.
Gadis
terbabit yang difahamkan bekerja di sebuah restoran makanan segera di
Dungun sebelum itu dikatakan bersama teman lelakinya bersiarsiar di
pusat beli-belah sebelum pulang ke rumah sewanya kira-kira jam 11 malam.
Perbuatan
itu dilakukan ketika rakan serumahnya, yang kebanyakannya penuntut
institusi pengajian tinggi (IPT) sudah pulang ke kampung masing- masing
sempena cuti Aidilfitri.
Ketika
serbuan sepasukan pegawai penguat kuasa syariah dengan kerjasama anggota
Unit Kereta Peronda Polis kira-kira jam 1.30 pagi, pintu gagal dibuka
menyebabkan tingkap bilik terpaksa diumpil untuk membolehkan pihak
berkuasa masuk ke dalam rumah bagi melakukan pemeriksaan.
Ketika
pemeriksaan dibuat, pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan antara
satu sama lain tanpa pakaian atas tilam di sebuah bilik tingkat bawah
banglo dua tingkat dipercayai disewa daripada seorang pegawai kerajaan.
Kedua-duanya
yang pada mulanya tidak menyedari kehadiran penguat kuasa kemudiannya
terkejut lalu bangun dari tidur dalam keadaan terpinga-pinga.
Ketika disoal siasat, pasangan itu mengakui tidak mempunyai hubungan muhrim.
Pasangan
lelaki berusia 21 tahun pula dipercayai ahli sebuah pertubuhan bukan
kerajaan berdasarkan penemuan kad ahli dalam beg duitnya.
Teman
wanitanya pula berasal dari Klang Selangor, seorang bekas penuntut IPTA
berdekatan dan dikatakan saling mengenali antara satu sama lain sejak
setahun lalu.
Kedua
pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan
lanjut sebelum dilepaskan melalui ikat jamin ahli keluarga.
Mereka
bakal dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan
Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan perbuatan
sebagai persediaan melakukan persetubuhan.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.