Followers
Sunday, August 4, 2013
Masyarakat Disaran Elak Sindrom Lalai Dan Lupa Elak Kebakaran By Norhayati Umor
PETALING JAYA 4 0GOS: Masyarakat disaran supaya mengelakkan diri daripada memiliki sindrom lalai, leka dan lupa yang sering berlaku apabila mereka ingin meninggalkan rumah yang menjadi punca kebakaran.
Ketua Balai Bomba Jalan Penchala, Zaidi Ahtan berkata, masyarakat juga perlu sentiasa peka dengan keadaan persekitaran agar tiada kejadian tidak diingini berlaku dan pada masa yang sama sedia menjadi barisan hadapan bagi mencegah kebakaran.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Program Pencegahan Kebakaran di Pasaraya Matahari, Taman Datuk Haron, di sini.
Program itu diadakan dengan kerjasama DUN Taman Medan bagi melipatgandakan usaha dengan turun ke tempat awam bagi mengadakan program pencegahan kebakaran.
Zaidi turut memaklumkan mengikut statistik, kejadian kebakaran semasa ketiadaan penghuni masih tinggi.
Hal itu berlaku kerana kurangnya pengetahuan dan kesedaran tentang tindakan yang perlu diambil semasa meninggalkan kediaman.
Sementara itu, Adun Taman Medan, Haniza Talha berkata usaha itu akan dilakukan secara berterusan agar kes kebakaran semasa ketiadaan penghuni dapat dicegah.
Katanya, melalui program turun padang di pasaraya, beliau bersama Bomba akan turut membuat kunjungan ke pasar tani dan tempat-tempat awam untuk mengedarkan risalah terutama di kawasan berpenduduk padat yang berisiko tinggi kebakaran.
“Sempena sambutan perayaan Aidilfitri ini, kita mengedarkan 4,000 risalah kepada orang awam.
“Saya harap dengan program seperti ini, penghuni kediaman lebih peka dengan faktor-faktor yang boleh menjadi punca kebakaran dapat dielakkan,” kata beliau.
Selangorku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.