RAUB, 19 OGOS: Kemelaratan dan kesusahan hidup yang dialami sebahagian
besar orang Melayu bukan kerana bangsa lain atau malas sebaliknya kerana
ketamakan pemimpin Melayu sendiri.
Tambah menyedihkan, bukan setakat itu, DAP pula yang sering dituduh mahu
‘menjatuhkan’ Melayu semata-mata takut kepada perjuangannya yang
semakin diterima baik masyarakat Malaysia.
Demikian ulas Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz
yang menempelak UMNO kerana sering menuding jari menyalahkan bangsa lain
terhadap ‘bala’ yang menimpa orang Melayu.
“Saya rasa elok kita beri sedikit pencerahan supaya orang Melayu sedar
bahawa UMNO adalah sebuah parti feudal yang menjaga kepentingan elit dan
Melayu terpilih,” ujar beliau.
Katanya, UMNO akan cuba sedaya upaya menunggang nama ‘Melayu’ hanya
semata-mata demi kekayaan dan kejayaan kelompok mereka sendiri.
“Sebab itu kita tidak perlu hairan bila bangsa lain malah DAP sendiri
dipersalahkan atas kegagalan orang Melayu bersaing dan berjaya.
“Sebenarnya orang Melayu terus diperbodohkan pemimpin UMNO yang korup.
Mereka juga yang banyak menolong tauke Cina merompak negara ini,” kata
beliau.
Mohd Ariff Sabri berkata, kenyataannya itu berdasarkan pengamatan yang
dibuat sendiri oleh tokoh pendidikan negara, Pendita Zaaba.
“Kesusahan orang Melayu disebabkan pemerintahan yang terdiri dari bangsa
mereka sendiri. Ini bukan saya yang kata- ini adalah pengamatan Pendita
Zaaba sejak 1927 lagi yang tetap releven sampai hari ini,” ujar Mohd
Ariff Sabri.
Justeru itu, beliau mahu pemimpin UMNO sedar bahawa di sebalik kejayaan
mereka ialah bangsa Cina dan usah lagi berpura-pura di hadapan orang
Melayu.
“Janganlah pimpinan UMNO hendak menipu orang Melayu. Kita makin sedar siapa sebenarnya mereka,” katan beliau.
Kerajaan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.