Sebahagian orang ramai di majlis Aidifitri Azmin. |
Baru pulang menghadiri majlis rumah terbuka Aidifitri Timbalan Presiden Keadilan yang juga Ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali.
Kali ini majlis mesra Aidifitri beliau bergajak tempat sedikit, kalau sebelum ini di perkarangan pejabat khidmatnya di Taman Melawati kini ke Green Wood, Gombak. Baguslah, kerana diadakan serata dan tidak dimonopoli setempat dalam Dun Bukit Antarabangsa saja.
Biasalah rumah terbuka Azmin dikunjungi segenap lapisan masyarakat. Bukan saja Melayu tetapi Cina dan India juga turut datang. Masing-masing membawa anak isteri dan anggota keluarga. Mereka tidak merasa kekok untuk hadir rumah terbuka Azmin.
Khabarnya walaupun majlis bermula jam 10:00 pagi tetapi jam 9:00 orang sudah berpusu-pusu memenuhi dua khemah besar yang disediakan. Hampir 5,000 yang hadir menjelang tengah hari.
Semasa saya datang kelihatan A Kadir Jasin bersama isteri dan beberapa pemimpin Pas kawasan Gombak.
Kenapa rumah terbuka Azmin didatangi ramai, puncanya tidak lain dan tidak bukan kerana kerahaman Azmin dan isterinya Samsidar Tahrin.
Mereka berdua melayani setiap tetamu tanpa mengira kelas dan kedudukan. Keramahan Azmin dan isteri terbit dari rata keikhlasan dan bukan buat-buat.
Menjadi kemestian juga bagi saya walaupun susah atau senang akan singgah ke rumah terbuka Azmin. Bukan untuk makan pun, tetapi berjumpa dan beraya dengan beliau serta bertemu dengan rakan-rakan politik yang lain.
Seronok melihat rakyat yang berduyun-duyun datang bersama keluarga. Usia seperti saya bukan mabuk makanan lagi, tetapi seronok kalau dapat melihat orang makan penuh selera sambil berbual dan mendapat iofo politik.
A Kadir Jasin bersama isteri turut hadir, |
Kenapa tidak awal-awal lagi menjelang seminggu hari raya beliau sudah hantar kad raya bersama jemputan khas.
Apa dilakukan Azmin ini jarang kedapatan pada wakil rakyat atau teman politik yang lain. Bagi saya Azmin seorang yang bersistementik.
Melihat Azmin akan teringat seorang lagi rakan saya Ezam Mohd Noor yang sudah entah ke mana hilang mengabdi diri?
Biasanya orang politik akan jinak dan ingatkan kita apabila mereka ada masalah, atau saat hendak pilihan raya atau pemilihan dalam parti.
Tetapi tidak dengan Azmin, beliau akan mengingati kita bila-bila masa saja termasuk masa beliau bergembira.
Dalam penelitian saya, seorang lagi yang tidak pernah melupai saya menjemput untuk rumah terbukanya ialah Mustapa Kamil Ayub.
Semalam saya bersama Dr Wan Suhaimi Wan Daud ke rumah Mustafa di Kota Damansara. Mungkin kerana terlalu gahirah menyebabkan saya datang awal enam jam sebelum rumah terbuka bermula.
Satu keluarga Cina sedang jamu selera di rumah terbuka Azmin. |
Walaupun majlis di rumah Mustapa Kamil tidak sehebat rumah terbuka Azmin, tetapi ia tetap meriah.
Kunjungan rakan dan sahabat Mustafa dari Perak menunjukkan beliau mempunyai ikatan ukhawah yang ketat dengan ramai orang.
Antara rakan Mustafa dari Perak yang sempat berjumpa dengan saya, Yusuf Kamaruddin, Hj Supian Gerik dan beberapa orang yang lain termasuk kartunis tersohor tanah air Zunar yang duduk semeja dengan kami.
Selaian mereka berdua ahli politik yang juga sering menjemput untuk menghadiri majlis rumah terbuka saya ialah Salahuddin Ayub dan Dr Hatta Ramli dan Anwar Ibrahim.
Tahun ini masih belum ada jemputan dari mereka mungkin mereka berdua tidak mengadakan majlis rumah terbuka. Maklumlah Sallahuddin beliau kini bukan lagi ahli Parlimen seperti sebelum ini.
Saya bergambar kenangan bersama Mustafa Kamil Ayub. |
Saya tidak tahu kenapa mereka tidak pernah melupai saya walaupun belum sekali pun saya menyempatkan diri hadir kerana kebetulan bertembung dengan majlis lain.
Saya rasa tidak salah kalau saya catat hal-hal sebegini kerana sebagai balasan saya atas undangan mereka yang tidak pernah melupai saya. [wm.kl.2:02 pm 18/08/13]
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.