Followers

Sunday, August 18, 2013

Mahathir Meroyan Lagi.. Posted by Addin Deen

 
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata tidak mungkin rakyat dapat menikmati kesenangan hidup seperti sekarang tanpa bantuan dari parti pemerintah Umno.

Dalam surat terbukanya kepada ahli parti itu, bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata setiap orang Melayu dan penyokong Umno pasti mendapat sesuatu bagi diri mereka. 

"Katakanlah Umno tidak berjaya kerana tidak ada sokongan daripada ahli Umno, bolehkah kita merasa nikmat sebegini?" soal beliau dalam surat terbuka disiarkan oleh Mingguan Malaysia hari ini."Saya tidak fikir walau siapa pun yang memerintah orang Melayu sama baik atau lebih baik.

Kita lihat di negeri-negeri tidak diperintah Umno, keadaan orang Melayu lebih daif, sedikit nikmat mereka kecapi datangnya dari kerajaan pusat diterajui Umno," tambah beliau kepada edisi Ahad Utusan Malaysia itu.

Beliau juga turut membandingkan kerajaan diperintah Umno dengan negara lain apabila tidak ada kerajaan yang mampu menawarkan seperti mana yang parti itu beri.

"Pergilah ke negara lain yang sama miskin seperti kita dulu sama dijajah dan sekarang merdeka lihat keadaan mereka masih miskin, masih tidak bersekolah sehingga rakyat dinegara mereka terpaksa berhijrah ke Malaysia demi mencari rezeki kerana kerana kerajaan mereka tidak berjaya memajukan negara,"kata beliau lagi.

Dalam surat terbukanya kepada ahli Umno itu, Dr Mahathir berkata kerajaan yang memerintah kini lalai "memegang" kaum Melayu apabila kebanyakan ahli parti lebih berminat dalam perkara boleh memberi kepentingan kepada mereka dan bukan berkhidmat kepada rakyat.

"Semangat untuk memperjuangkan rakyat, agama dan negara telah lama hilang. Tidak ada langsung sifat setia Umno apabila kesetiaan dari kesatuan parti bertukar ke individu tertentu," katanya.

"Ahli BN dirasuah dengan wang, percutian di luar negara dan ditaja perbelanjaan umrah. Ia secara tidak langsung menyebabkan kesemua ahli Umno terlibat dalam rasuah kerana menjual undi demi wang," kata beliau merujuk kepada gabungan pemerintah Barisan Nasional.

Tegas beliau, Umno selama berdekad menjadi tulang belakang dalam mempertingatkan kehidupan kaum melayu dengan memberi keperlua asas dan peluang untuk berkembang.

"Terima saja kenyataan dan berterima kasihlah. Janganlah tahu memberi komen saja yang tidak membantu," kata Dr Mahathir.Katanya rakyat dan ahli Umno seharusnya bersyukur dan menerima kenyataan sebenar serta seharusnya tidak mengeluh kerana kononya tidak mendapat apa-apa setelah menyokong parti tersebut.

Dalam suratnya itu, Dr Mahathir turut menyelar pembangkang meraih kemenangan melalui kaum bukan Melayu bukan satu yang harus dibanggakan.

"Jika kerajaan pusat tidak diterajui Umno walaupun Melayu, mereka tidak gemar menolong Melayu kerana mereka terhutang budi kepada orang lain bukan Melayu memberi sokongan dalam pilihan raya.

"Pengalaman orang Perak semasa diperintah parti lawan boleh dijadi contoh juga di Pulau Pinang bahkan di Kelantan," kata Dr Mahathir lagi. ~the malaysian insider

Addin:


Bila manusia tak percaya qada dan qadar dari Allah SWT.. inilah akibatnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.