KUCING GEMOK |
Kini berita dari Borneo, Si KUCING GEMOK BN telah
menjadikan dirinya kaya sejak beberapa tahun ini, menggunakan kaedah yang
tipikal sama seperti yang diamalkan oleh konco-konco Taib yang lain yang
mempergunakan hasil negeri dan rakyat mereka.
Tidak kurang dari 40 buah lesen kapal perikanan laut
dalam daripada Kementerian Pertanian yang releven itu diberikan kepada KUCING GEMOK. Nilai lesen-lesen ini,
menurut sumber-sumber kami adalah diberikan percuma oleh kerajaan BN, adalah
amat tinggi. Apa yang dilakukan oleh KUCING GEMOK suami-isteri adalah mengenakan
bayaran pada sesiapa yang menggunakan lesen itu.
Maka tidak hairanlah bagaimana rupa bentuk badan KUCING GEMOK itu
dapat menggambarkan jumlah yang lumayan hasil dari lesen-lesen berkenaan. Dua
juta setengah ringgit telah diekstrak dari perniagaan yang asli oleh seseorang
yang tidak perlu membida pemerolehan lesen dari kerajaan.
Bukan sahaja para nelayan yang terpaksa menaja kegiatan KUCING
GEMOK, malah para pembayar cukai juga turut kehilangan pendapatan dari
lesen-lesen ini, yang telah dibolot oleh KUCING GEMOK sebagaimana
diamalkan secara tipikal oleh golongan parasit dari rejim BN. KUCING GEMOK
sememangnya mengendalikan 15 lesen itu menurut akhbar Sarawak Tribune, sebuah
akhbar milik dan dikendalikan oleh ahli keluarga Taib Mahm00d. Hakikatnya ini
bukan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat setempat..
KUCING GEMOK DAN ISTERI PEMILIK NOBLE MERMAID |
Dikaitkan dengan KUCING GEMOK dan bertindak selaku
setiausaha dalam syarikat Noble Mermaid merupakan seorang lagi tokoh PBB, bekas
pengerusi Sarawak Tribune, Awang Bemee Bin Ali Basah, bekas wakil rakyat bagi
kawasan Nangka. Kedua-dua orang itu dikaitkan dengan Awang Tengah, mengatakan
para pemfitnah dan KUCING GEMOK dipercayai telah membangunkan cita-cita politik
dan rancangan untuk mewarisi kerusi kawasan Nangka sekiranya rancangan rampasan
kuasa Awang Tengah itu berjaya nanti.
AWANG BEMEE SELAKU SETIAUSAHA NOBLE MERMAID |
Pada hari ini Awang Tengah dan para penyokongnya telah didengar
menerusi media mengatakan bahawa laporan mengenai konspirasi itu adalah tidak
benar. Sebagai menyokong bantahannya dia telah mengampu ketuanya Taib Mahmood
dan mendakwa bahawa dia sendiri adalah seorang yang tidak mempunyai sebarang cita-cita.
Awang Tengah dan sekutu-sekutunya adalah silap apabila mereka mendakwa bahawa
BN sentiasa bersatu-padu. Ini kerana semua orang di dunia ini tahu bahawa BN
mempunyai masalah dan tidak lagi bersatu.
Sebenarnya tokoh-tokoh penting dalam BN telah berbalah
sesama sendiri dan gabungan parti dalam BN pula semakin berpecah. Ketua Menteri
sudah tidak mampu mengawal perpecahan ini.
Maka jika Awang Tengah dan para penyokongnya inginkan
kita mempercayai bahawa mereka tidak mengendalikan rancangan rampasan kuasa mereka
itu, usahlah bagi mereka mendakwa bahawa BN masih teguh bersatu!- sumber Sarawak
Report
SIAPA AWANG TENGAH?
Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali
Hassan
(DA, PNBS, PGBK, AMN)
JAWATAN TERKINI: (Menteri
Kemudahan Awam Sarawak)
SIAPA KUCING GEMOK?
Radin Kadri Raden Budiman
JAWATAN TERKINI: Ketua Pemuda PBB(BN) Sibu
*KENAKALAN KUCING GEMOK
KESAYANGAN TAIB MAHMOOD
Seperti yang telah diceritakan
sebelumnya, KUCING GEMOK itu
adalah seorang yang kaya hasil tangkapan laut luas melalui pemberian free 40
lesen tangkapan ikan laut dalam oleh taib mahmood. Akan tetapi, kekayaan itu tidak mampu membuatkan
dia duduk diam dan buat kerja dia, kekayaan itu hanya mengajak dia menjadi
riak, sombong, takbur dan cubaan MERASUAH!! MERASUAH ADALAH ANTARA SIFAT
KEJI HASUTAN SYAITAN! MERASUAH ADALAH HARAM! UMNOBN MENGAMALKAN URUSAN HARAM
DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.