Followers

Sunday, August 25, 2013

Izzah sering pokaim tiap bulan

 
dah pandai bermake up... ayu gitu dong!
JAKARTA – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengakui sebagai ahli Parlimen dari parti pembangkang, beliau bergantung pada bajet yang minimum.

Menurut Izzah, menjadi ahli Parlimen bukanlah cabang untuk mencari lebihan pendapatan.

Izzah berkata demikian kepada media Indonesia ketika ditemui di pejabat Kontras, Menteng, Jakarta Pusat, semalam.

“Setiap tahun saya menolak bajet bernilai RM1.5 hingga RM 2 juta yang ditawarkan.

“Saya memilih untuk menggunakan anggaran peribadi yang sering membuat saya mengalami defisit setiap bulan,” kata Izzah yang dipetik dari Viva News.

Dengan cara itu, ia dapat menjadi latihan yang baik bagi setiap ahli politik di Malaysia agar tidak selalu berorientasi kepada wang apabila berkhidmat sebagai ahli Parlimen.

“Sehingga anda harus sedar bahawa menjadi ahli Parlimen bukan dijadikan pentas untuk mendapatkan dana tambahan yang menguntungkan diri,” katanya.

Izzah yang juga Naib Presiden PKR juga mengakui lega berada dalam pakatan pembangkang kerana tidak ada satu projek yang masuk melaluinya kerana semua projek masuk melalui Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Paling penting bukan soal duit tapi bagaimana anda membuat kempen yang kreatif dan inovatif sehingga menarik hati rakyat yang menjadi calon pengundi anda,” katanya.

Ketika ditanya soal hidup sebagai anggota pakatan pembangkang, Izzah mengaku sangat sukar.


“Kami tidak diberikan akses kepada media dan pelbagai tuduhan masih menghantui kami,” katanya.


Duniacacamarba

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.