40 Barang Keperluan Asas Dikecualikan Cukai Jika GST Dilaksanakan
[Bernama] 40 barang akan dikecualikan jika GST dilaksana, kata Husni.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata
kira-kira 40 barangan keperluan asas, termasuk tepung, beras dan gula,
akan dikecualikan daripada cukai sekiranya cukai barangan
danperkhidmatan (GST) dilaksanakan.
Beliau berkata kajian mengenai perkara itu sedang dilaksanakan, dan rang
undang-undang berhubung GST dijangka dibentangkan di Parlimen tahun
depan.
"Kita sedang berbincang dengan NGO dan syarikat korporat sebelum
keputusan mengenai GST diputuskan bagi mengambil kira kesejahteraan
rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Surau Kampung Kuang
Hilir, di sini hari ini.
Ahmad Husni berkata GST bukan cukai baru yang akan diperkenalkan,
sebaliknya ia menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.
"Sebanyak 170 negara telah melaksanakan GST, yang didapati lebih efisien
dan moden, dan sudah terbukti meningkatkan ekonomi negara," katanya.
Beliau berkata sekiranya GST dilaksanakan, pendapatan negara dijangka
meningkat yang membolehkan kerajaan mempertimbangkan untuk meningkatkan
kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia, selain menurunkan kadar cukai
korporat.
"Kita perlu lihat bagaimana hendak mengurangkan kadar cukai korporat
supaya lebih ramai pelabur datang ke sini, sekali gus dapat merancakkan
ekonomi negara serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,"
katanya.
Beliau berkata selain memberi manfaat kepada syarikat terlibat, pelaburan juga memberi kebaikan kepada banyak pihak.
"Bila kita melaksanakan satu pelaburan, bukan syarikat sahaja yang
memperoleh keuntungan, malah pekerjanya juga akan mendapat keuntungan
menerusi kenaikan gaji. Seperti rakyat yang menerima bantuan e-kasih,
bantuan bulanan mereka juga akan meningkat," kata Ahmad Husni.
Mengenai Perundingan Belanjawan 2014, Ahmad Husni berkata ia telah
selesai dilaksanakan, termasuk di Sabah dan Sarawak, baru-baru ini.
"Sabah dan Sarawak dari segi cabaran, ialah pembangunan jangka panjang
di kedua-dua negeri itu dalam konteks ia mesti menjadi kawasan
pertumbuhan ekonomi atau pusat ekonomi, dan dengan itu infrastruktur
perlu di berikan keutamaan," katanya. - 24 Ogos, 2013.
P/s: Beli baju kena cukai, beli tayar kena cukai, beli itu kena cukai, beli ini kena cukai.
Terima kasih pengundi BN!
Duniacacamarba
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.