Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) menyuarakan kebimbangan
berhubung wujudnya ura-ura pihak kerajaan akan mewujudkan semula Akta
Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mengekang jenayah yang semakin kerap berlaku sejak dewasa ini.
Beliau berkata, kedua-dua pendekatan itu akan menyebabkan suspek akan ditahan tanpa bicara dan kes tidak dapat diselesaikan dengan kaedah paling tepat kerana suspek akan dipaksa mengaku ekoran penahanan tanpa bukti dan bicara.
Katanya, polis harus meningkatkan profesionalisme dan berhenti menggunakan polis dari Unit Cawangan Khas (SB) untuk memantau ahli parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) sebaliknya menggunakan anggota berkenaan bagi memantau jenayah.
“Dengan wujudnya Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) dapat menghentikan dakwaan polis mempunyai hubungan rapat dengan mafia kerana sindiket terancang ini dikatakan menggunakan sumber kewangannya bagi merasuah polis.
“Pelaksanaan IPCMC bakal menghentikan dakwaan pihak tertentu yang selalu mengaitkan polis dengan penjenayah. Begitu juga dengan cadangan untuk mengembalikan EO dan ISA yang dilihat akan mencabuli hak asasi.
“Kementerian Dalam Negeri (KDN) sendiri mendedahkan daripada 1,000 suspek yang dibebaskan, hanya empat kembali melakukan jenayah,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Shah Alam hari ini.
Dalam perkembangan lain, beliau turut menyelar pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana menangguhkan jadual lawatannya untuk melawat Hospital Shah Alam (HSA) bersama Menteri Kerja Raya dan Menteri Kesihatan pada penghujung Julai lalu dan meminta JKR untuk segera mengaturkan semula sesi lawatan berkenaan supaya dapat dinyatakan status sebenar pembinaan HSA itu.
- themalaysianinsider.com
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.