Followers

Friday, August 2, 2013

BN Kalah Petisyen Di Lembah Pantai - YB Izzah kekal MP


Photo: Jumaat, 02 Ogos 2013.

Izzah kekal MP Lembah Pantai

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, kekal ahli Parlimen Lembah Pantai selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini, hari ini, menolak petisyen untuk membatalkan keputusan PRU13 bagi Parlimen itu, Mei lalu.

Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof turut menetapkan pempetisyen membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Nurul Izzah.

Petisyen bagi kawasan berkenaan difailkan pengundi, Mohamad Sazali Kamilan

Dalam penghakimannya, Zabariah berkata, pempetisyen gagal memenuhi peraturan 9 dan peraturan 34 Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

Menurutnya, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk membatalkan keputusan pilihan raya, disebabkan petisyen yang difailkan tersebut tidak lengkap.

Selain itu, Zabariah berkata, petisyen tersebut ditolak kerana Seksyen 35 Akta Kesalahan Pilihan Raya telah dihapuskan.

"Hakim mahkamah pilihan raya tidak boleh memutuskan calon lain sebagai pemenang kerusi parlimen berkenaan," katanya.

Selain itu, beliau turut berpendapat, bantahan yang difailkan menerusi petisyen tersebut tidak munasabah, remeh dan menyusahkan, kerana petisyen pilihan raya banyak bergantung kepada undang-undang pilihan raya.

"Pempetisyen gagal untuk mengemukakan fakta yang mencukupi bagi menyokong dakwaan salah guna kuasa yang berlaku,"katanya.

Pada PRU lalu, Nurul Izzah memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan majoriti 1857 undi, apabila menerima undian sebanyak 31,008 manakala Raja Nong Chik yang memperoleh 29,161 undi.

- sinarharian.com.my

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com 
Follow us: @MsiaChronicle on TwitterKUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, kekal ahli Parlimen Lembah Pantai selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini, hari ini, menolak petisyen untuk membatalkan keputusan PRU13 bagi Parlimen itu, Mei lalu.

Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof turut menetapkan pempetisyen membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Nurul Izzah.

Petisyen bagi kawasan berkenaan difailkan pengundi, Mohamad Sazali Kamilan

Dalam penghakimannya, Zabariah berkata, pempetisyen gagal memenuhi peraturan 9 dan peraturan 34 Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

Menurutnya, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk membatalkan keputusan pilihan raya, disebabkan petisyen yang difailkan tersebut tidak lengkap.

Selain itu, Zabariah berkata, petisyen tersebut ditolak kerana Seksyen 35 Akta Kesalahan Pilihan Raya telah dihapuskan.

"Hakim mahkamah pilihan raya tidak boleh memutuskan calon lain sebagai pemenang kerusi parlimen berkenaan," katanya.

Selain itu, beliau turut berpendapat, bantahan yang difailkan menerusi petisyen tersebut tidak munasabah, remeh dan menyusahkan, kerana petisyen pilihan raya banyak bergantung kepada undang-undang pilihan raya.

"Pempetisyen gagal untuk mengemukakan fakta yang mencukupi bagi menyokong dakwaan salah guna kuasa yang berlaku,"katanya.

Pada PRU lalu, Nurul Izzah memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan majoriti 1857 undi, apabila menerima undian sebanyak 31,008 manakala Raja Nong Chik yang memperoleh 29,161 undi.

- sinarharian.com.my

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.