Datuk Sarchu Syawal di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi. -
Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Ogos, 2013.Datuk
Sarchu Syawal di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi. -
Dua pegawai tinggi yang mengendalikan syarikat usahasama Felda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas dakwaan melesapkan hampir RM30 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif KPFQ Foods Sdn Bhd, Datuk Sarchu Sawal dikatakan menyalahgunakan RM16.9 juta sementara Pengarah KPFQ, Datuk Tan Han Kook melesapkan RM13.1 juta.
Datuk Tan Han Kok di luar Mahkamah Sesyen pagi tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Ogos, 2013.Datuk Tan Han Kok di luar Mahkamah Sesyen pagi tadi.
Jika sabit kesalahan, kedua-duanya boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun atau denda.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tuduhan salah guna kuasa dalam kegagalan projek bernilai RM30 juta yang dilaksanakan KPFQ, anak syarikat Felda.
Suruhanjaya itu memulakan siasatan berikutan projek itu gagal dimulakan di sebalik `10 juta ringgit’ dimasukkan oleh bank dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Menurut penyiasat yang hadir di mahkamah semalam, Sarchu dan Tan menandatangani 47 banker’s acceptance, kemudahan terpantas menyalurkan wang, ke dalam syarikat.
Kedua-dua tertuduh dikatakan menyewa syarikat untuk membekalkan makanan di bawah Projek Bekalan Makanan Nasional.
Sarchu, 63, yang berkemaja putih lengan panjang ditawarkan jaminan sebanyak RM2 juta dengan dua penjamin sementara Tan, 59, ditawarkan ikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin.
Kedua-duanya diperintahkan menyerahkan pasport perjalanan masing-masing kepada mahkamah.
Hakim Roshiahanin Arifin menetapkan kedua-dua kes disebut semula pada 13 September depan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Azlin Sabtu memohon kedua-dua tertuduh diikat jamin dengan nilai RM2 juta setiap seorang kerana mereka didakwa atas tuduhan yang serius mengikut Kanun Keseksaan.
Peguam Harwinder Singh yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan dikurangkan untuk menjamin kehadiran mereka.
Tan turut berdepan 134 tuduhan menipu KPFQ Foods bernilai RM80 juta dan perbicaraan kes itu sudah bermula tahun lalu.
Selepas prosiding kes, Tan yang masih dalam kandang tertuduh kelihatan menangis dan ditenangkan seseorang yang tidak dikenalpasti. – 2 Ogos, 2013.
The Malaysia Insider.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.