Kuala Lumpur: Datuk Seri Azalina Othman Said disaran menawarkan diri
bertanding jawatan Naib Ketua Wanita UMNO yang masih kosong, daripada
mencabar Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Saranan dibuat Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman, dengan harapan tindakan berkenaan akan memastikan perubahan kepemimpinan dalam sayap itu berjalan lancar dan tidak berlaku perpecahan dalam kalangan ahli.
Saranan ini tiada kaitan dengan soal takut jika berlaku pertandingan (antara Azalina dan Shahrizat), tetapi dirasakan ia tidak perlu berlaku lebih-lebih lagi kepemimpinan Shahrizat yang terbukti mampu menyatukan ahli Wanita UMNO.
Mantapkan sayap parti
Jika Azalina bertanding untuk jawatan nombor dua, sekurang-kurangnya beliau ada masa untuk menyesuaikan diri dalam pergerakan Wanita dan dapat bersama Shahrizat memantapkan sayap parti.
Lepas itu, jawatan Ketua Wanita boleh diserahkan kepadanya melalui proses penyerahan tampuk kepemimpinan secara berhemah, katanya kepada BH di sini, semalam.
Jawatan Naib Ketua Wanita kosong selepas Datuk Kamilia Ibrahim, dipecat daripada parti kerana bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pada 28 Jun lalu, Azalina menyatakan keputusannya untuk bertanding menentang Shahrizat bagi membawa perubahan kepada sayap parti itu, atas alasan transformasi politik, selain sedia menjadi ejen perubahan kepada Wanita.
Azalina mengakui tidak mempunyai sebarang agenda peribadi, hanya mahu memantapkan imej kepemimpinan pergerakan itu yang tercalar dengan isu NFC.
Beri Sharizat peluang
Shahrizat pula mengesahkan akan mempertahankan jawatan bagi penggal kedua dan meminta Azalina supaya mengamalkan kempen sihat serta tidak membawa unsur perpecahan dalam pergerakan itu.
Hamidah berpendapat Shahrizat wajar diberi peluang untuk terus menerajui Wanita UMNO kerana beliau masih mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab itu, selain memperoleh sokongan majoriti ahli sayap terutama pada peringkat akar umbi.
- bharian.com.my
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.