Followers

Thursday, August 22, 2013

Di antara Rafizi, Berahim, Zaid dan Saifuddin......pasti ada yg benar wal kelentong.....

Photo: Thursday, August 22, 2013.

Di antara Rafizi, Berahim, Zaid dan Saifuddin......pasti ada yg benar wal kelentong.....

KES SATU

Kes saman fitnah melibatkan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail selesai hari ini apabila Ibrahim menarik balik saman itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi S.M. Komathy Suppiah yang mendengar kes itu di dalam kamar membenarkan permohonan Ibrahim dan membatalkan saman itu tanpa sebarang kos.

Ketika dihubungi pemberita, peguam William Leong yang mewakili Saifuddin mengesahkan perkara itu.

Ibrahim memfailkan saman itu pada 2 Jun 2010 dengan mendakwa Saifuddin secara palsu dan berniat jahat menerbitkan kenyataan fitnah pada edisi 27 April hingga 4 Mei akhbar Suara Keadilan dengan mendakwa Ibrahim terlibat dalam perniagaan perjudian.

Ibrahim mendakwa perkataan tersebut disebarkan dengan niat jahat untuk mencemarkan nama dan reputasi baiknya, dan perkataan itu telah menyebabkan beliau dihina, disingkir dan diabaikan awam. - 22/8/2013
 
KES DUA

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Mohd Rafizi Ramli selepas pengarah strategik PKR itu bersetuju mengeluarkan kenyataan yang diakuinya tidak betul daripada blognya.

Dalam kenyataan yang dibacanya di Mahkamah Tinggi di sini, Mohd Rafizi berkata Ahmad Zahid tidak menyalahguna kuasanya (ketika menjadi Menteri Pertahanan) dalam apa jua cara dan tidak mempunyai peranan dalam penetapan keputusan berkaitan transaksi pembelian saham dan tanah pembangunan.

"Saya berpuas hati dengan penjelasan plaintif (Ahmad Zahid) bahawa plaintif tidak menyalahguna kuasanya dalam apa jua cara dan tidak mempunyai sebarang peranan dalam keputusan Boustead Holdings Berhad untuk menyertai transaksi bagi memperoleh saham dan tanah pembangunan milik Astacanggih Sdn Bhd daripada Awan Megah Sdn Bhd seperti yang disebut dalam artikel saya bertarikh 29 Dis 2012.

"Oleh itu, dengan ini, saya secara sepenuh hati dan tanpa sebarang syarat menarik balik kenyataan tidak benar yang saya buat dalam artikel saya itu berkaitan plaintif," katanya.

Bernama melaporkan pPeguam Datuk Saseedharan Menon, yang mewakili Ahmad Zahid, memberitahu mahkamah bahawa Ahmad Zahid menerima kenyataan itu dan menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Mohd Rafizi.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong meluluskan permohonan itu dan mengetepikan saman berkenaan, tanpa sebarang perintah berkaitan kos.

Ahmad Zahid memfailkan saman itu pada 25 Jun dengan mendakwa Mohd Rafizi menyiarkan dalam laman blognya, RafiziRamli.com, satu artikel yang mengandungi perkara tidak benar dan ditulis dengan niat jahat untuk memberi gambaran negatif tentang beliau (Ahmad Zahid).

Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am, khas dan teladan serta penarikan balik artikel itu sepenuhnya serta permohonan maaf dalam empat akhbar harian tempatan.-21/8/2013 [sumber .]
al-brangionline:

Macam main wayang pacaklah pulak atau main opera atau wayang kulit.....huhu 

al-brangi Online. KES SATU

al-brangi Online.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.