Followers

Friday, August 23, 2013

Bunuh kejam mainan baru penjenayah Malaysia. Di mana polis?



KOTA KINABALU 22 Ogos - Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan menyayat hati iaitu lehernya ditetak, tangan dan kakinya terikat serta mulutnya disumbat dengan gumpalan kain di dalam semak di Kampung Binaung Baru, Menggatal di sini hari ini.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Ibnu Paharan, 29, seorang pemandu kereta sapu ditemui kira-kira pukul 7 pagi oleh sepasukan anggota polis peronda.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, pada mulanya beberapa penduduk kampung yang mencurigai kewujudan sebuah kenderaan di kawasan itu telah menghubungi polis dan pihaknya yang segera ke tempat lokasi mendapati tidak ada pemandu dalam kereta tersebut.

"Kenderaan itu dibawa ke Balai Polis Menggatal dan hasil siasatan awal mendapati kenderaan itu dimiliki oleh sepupu mangsa di Sandakan. Selepas dihubungi, pemilik itu memaklumkan bahawa kenderaan itu dipandu dari Sandakan ke Kota Kinabalu untuk menghantar ibu saudara mereka.

"Susulan daripada itu, polis telah kembali ke tempat kejadian dan menemui mayat mangsa di kawasan semak kira-kira 50 meter dari lokasi kenderaan tersebut ditinggalkan," katanya hari ini.

Menurut Jauteh, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa telah dibunuh terlebih dahulu sebelum mayatnya dicampak di kawasan semak berhampiran kampung tersebut.


TranungKite Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.