Kerajaan Barisan Nasional (BN) Kedah sehingga sekarang gagal
menyelesaikan gaji kakitangan Insaniah Holding Sdn. Bhd. yang telah
tertunggak hampir empat bulan.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media menjelaskan
tindakan tersebut umpama mendera 268 orang kakitangan yang terpaksa
berdepan dengan kesulitan kerana tidak mendapat gaji.
Menurut beliau lagi, Kerajaan Kedah sepatutnya lebih perihatin dan
mengambil tindakan segera untuk menyelesai tunggakan gaji yang memasuki
bulan keempat.
"Saya kesal dengan tindakan kerajaan BN Kedah yang sehingga sekarang
gagal menyelesaikan tunggakan empat bulan gaji kepada 268 kakitangan
Insaniah Holding.
"Ini merupakan satu penderaan kepada mereka, yang mana kebanyakkan
mereka terpaksa berhadapan dengan tunggakan hutang, apatah lagi pada
Hari Raya lepas mereka menyambut dalam keadaan kewangan yang tidak
mencukupi," jelasnya di Pejabat Agung PAS pagi ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mempersoalkan
tindakan kerajaan negeri yang berdiam diri tanpa memberitahu jawatan
mereka yang berada di dalam Kuin.
"Kita juga ingin mengetahui pendirian kerajaan negeri mengenai kedudukan jawatan kakitangan mereka di dalam Kuin.
"Ini perlu dijelaskan bukannya berdiam diri, kalau mereka hendak
dipecat ia perlu diberitahu tetapi perlu diingat pemecatan mereka
mestilah mengikut kontrak perjanjian bukan dengan cara membeku gaji
mereka," sambung beliau lagi.
Jelasnya lagi, tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir
yang mengatakan Insaniah Holding tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan
negeri adalah amat mendukacitakan.
"Macam mana Mukhriz boleh kata Insaniah Holding tidak ada kaitan
dengan kerajaan negeri, sedangkan ia merupakan anak syarikat kepada Kuin
yang merupakan syarikat kepada kerajaan negeri."Ini jelas terkandung
dalam minit mesyuarat Lembaga Pengarah Kuin pada 29 Mei 2009 yang
meluluskan penubuhan Insaniah Holding.
"Saya tak tahu dari mana maklumat beliau dapat, sebagai Menteri Besar
beliau perlu lebih perihatin dan mengkaji dalam soal ini," sambung
beliau lagi.
Mahfuz menegaskan kerajaan negeri perlu menyelesaikan segera
pembayaran tunggakan gaji kakitangan serta lebih prihatin dengan masalah
yang dihadapi oleh mereka.Katanya lagi, jika ingin melakukan rombakan
segalanya perlu mengikut perjanjian kontrak yang telah dipersetujui.
Parlimen Kota Raja
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.