Followers

Sunday, August 18, 2013

[BERGAMBAR] Himpunan Munajat Perdana Padang Merbok Kutuk Kezaliman Mesir - Posted by Pencacai SeMalaysia®

 

Enggan kecam kezaliman di Mesir, Najib tunduk kepada kuasa besar
Tindakan kerajaan Umno BN yang membisu terhadap tragedi pembunuhan rakyat Mesir membuktikan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dayus dan penakut, demikian lapor selangorku.com
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie, berkata Malaysia sepatutnya berani membuat kenyataan tegas dan keras mengutuk tindakan kudeta tentera Mesir yang mengorbankan lebih 3, 000 orang awam.

“Tindakan berdiam diri ini seolah-olah mengiya suara-suara yang menyatakan kerajaan Malaysia tunduk kepada kuasa besar dan merestui perbuatan kejam tentera Mesir.

“Di sebalik laungan Malaysia sebagai negara Islam, kesenyapan pemimpin negara dalam tragedi itu mencerminkan pemimpin negara ini, penakut dan pengecut.

“Sedangkan kenyataan mengutuk dan mengecam pun tidak berani dibuat, apatah lagi menghantar bantuan kepada saudara seagama di sana,” katanya kepada TV Selangor, hari ini.

Sehingga kini, kerajaan Malaysia belum membuat kenyataan rasmi berhubung pendirian terhadap pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir.

Tentera Mesir merampas kuasa dan menahan Presiden Mohamad Morsi serta menyerang lokasi perhimpunan penyokong pro-demokrasi di Dataran Rabaah Adawiyah pada 14 Ogos lalu.

Sebelum ini, PAS, DAP dan PKR masing-masing membuat kenyataan lantang mengutuk dan mengecam tindakan ketenteraan Mesir terhadap orang awam di negara Timur Tengah itu.

Kecewa dengan sikap kerajaan Persekutuan yang acuh tidak acuh, Shuhaimi menggesa kerajaan Negeri mengambil inisiatif bagi membantu rakyat Mesir.

Sementara itu, Sinar Harian mepalorkan rakyat Malaysia hari ini terus melahirkan rasa simpati dan kebersamaan dengan rakyat Mesir yang terus bersabung nyawa demi sebuah demokrasi.

Bermula jam 4 petang tadi telah berlangsungnya himpunan yang digelar Himpunan Munajat Perdana 100k yang diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Himpunan diadakan bagi membantah sekeras-kerasnya kekejaman tentera Mesir ke atas rakyatnya sendiri.

Tindakan membunuh rakyat sendiri dengan menggelarkannya sebagai "operasi pembersihan" tidak mampu diterima dan dianggap sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan.

Himpunan yang dianjurkan oleh Pemuda Pas ini turut menyeru negara menyatakan pendirian tegasnya di atas pembunuhan beramai-ramai di Mesir.

Para peserta membantah kekejaman tentera Mesir semakin ramai membanjiri Padang Merbok sekitar jam 6 petang.

Kelihatan beberapa pimpinan PR turut serta seperti Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Ketua Pemuda Pas Nasrudin Hassan, Exco Kelantan Hashim Daud dan Adun Tungku.

'Hidup rakyat, hancur Sisi' antara ungkapan yang dilaungkan berulang kali oleh para peserta himpunan.
Perumpamaan Umat Islam sebagaimana digambarkan Rasulullah Saw. bagaikan satu tubuh. Hadits Rasul yang diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir berbunyi: 

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى 
Artinya: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal kasih sayang bagaikan satu tubuh, apabila satu anggota badan merintih kesakitan maka sekujur badan akan merasakan panas dan demam. (HR. Muslim).

Bila seorang atau sekelompok mukmin menderita kesulitan, maka yang lainnya juga seharusnya merasakan itu. Itulah makna ukhuwah sesungguhnya. Islam mendorong Umatnya untuk menerjemahkan ukhuwah dalam kehidupan sehari-hari. Agar mereka dapat merasakan apa yang diderita saudaranya se-agama, untuk selanjutnya memberikan bantuan apapun bentuknya yang dapat meringankan beban dan penderitaan saudaranya itu.  
Dalam Perhimpunan ini disajikan dengan pidato-pidato yang hebat dari Dewan Pemuda sendiri dan di akhiri oleh Presiden Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Tok Guru yang uzur dan keletihan sehingga terpaksa bersandar di tepi pagar lori dan apabila diberikan kerusi oleh Unit Amal tetap memilih untuk berdiri dan meneruskan pidato beliau dengan penuh bersemangat . 
Dalam pidato yang disampaikan Tok guru memberitahu beliau sudah mengenali IKHWAN sudah lebih 50 tahun sejak dibangku sekolah lagi dan apabila beliau belajar di Mesir beliau telah bersama dengan IKHWANUL MUSLIMIN. Diakhir himpunan ini dengan solat berjemaah Isyak dan dibacakan Qunut Nazilah oleh Tok Guru sendiri...
gambar-perhimpunan-di-padang-merbok-18-Ogos-2013.jpg

gambar-perhimpunan-di-padang-merbok-18-Ogos-2013.jpg

gambar-perhimpunan-di-padang-merbok-18-Ogos-2013.jpg

gambar-perhimpunan-di-padang-merbok-18-Ogos-2013.jpg

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.