Followers

Sunday, August 18, 2013

Anak Nazri kini bertukar jadi pegawai khas parlimen Padang Rengas


Anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz iaitu Nedim Mohamed Nazri yang sebelum ini disenaraikan sebagai pegawai khas kementerian itu kini bertukar menjadi pegawai khas kepada ahli parlimen Padang Rengas selepas portal rasmi kementerian dikemaskini pada 16 Ogos.

Sebelum ini, timbul kontroversi apabila portal rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menyatakan Nedim sebagai pegawai khas kepada bapanya.


Kontroversi timbul kerana ramai pihak mendakwa Nazri mengamalkan nepotisme dengan membawa ahli keluarganya bekerja di kementerian.

Agensi berita nasional Bernama melaporkan semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan menteri tidak boleh mengambil ahli keluarga bertugas di kementerian.

"Ini prinsipnya, prinsipnya ahli keluarga tidak boleh ditempatkan di pejabat menteri," katanya.

Najib bagaimanapun berkata tiada masalah jika seseorang menteri atau anggota pentadbiran kerajaan mengambil anggota keluarganya sebagai pembantu jika ia tidak membabitkan sebarang pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan.

Perubahan dalam portal rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengenai kedudukan Nedim dilihat selari dengan kenyataan Najib semalam.

The Malaysian Insider melaporkan pada Rabu penjelasan Nazri bahawa Nedim tidak dibiaya oleh kerajaan. Menurut Nazri, gaji Nedim dibayar sendiri olehnya.

Nazri menjelaskan enam pegawai lain di kementeriannya dibayar oleh kerajaan seperti Datuk Azlinda Mohd Rashad (setiausaha sulit kanan), Dr Jurij Jalaludin (setiausaha sulit), Datuk Mohamed Ismail Mohamed Othman (setiausaha politik), Ahamad Fazli Ahamad Nordin (setiausaha akhbar), Suzana Akmam Selamat Amir (pegawai tugas khas) dan Shahadan Osman (pegawai pengiring).

Nazri turut memberitahu beliau tidak akan menggugurkan jawatan anaknya semata-mata untuk menggembirakan sesetengah pihak malah kedudukan beliau dahulu sebagai peguam membuatkannya faham situasi tersebut.

Katanya, beliau boleh meletakkan sesiapa sahaja dalam kementeriannya dan gembira melantik anak sendiri sebagai pegawai khas. - TMI









Zar Ali III Berilah dia peluang - mungkin dengan tugas dan tanggungjawab yang akan dipikulnya, membuatkan dia insaf dan kembali kejalan yang diredhai oleh Allah SWT..... Aminnnn...

Zar Ali III's photo.

 
Azmi Mat Isa ...kalu betoi nak insaf beh baik letak dia sbg pmbntu khas pd mufti, kat pelancongan ni takut lg jauh melencong nyer.

Zar Ali III Takpa lah, kita doakan sama sama - NOTHING IS IMPOSSIBLE - jika Allah nak mengubahnya - QUN KATA ALLAH - FAYAKUN kata Muhammad.... Wallahuallam...
 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.