Posted August 18, 2013 by Mahadzira in Berita Terkini
Kemelut perkahwinan yang dilalui aktres popular, Rita Rudaini Mokhtar, 37, akhirnya tiba di penghujung apabila
suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zakuan Abd
Razak, 26, menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan
ringkas (SMS), baru-baru ini lapor Berita Harian.
Tiada apa yang dihairankan, rumah tangga mereka sudah lama bergegar dengan pelbagai kontroversi, malah Aidil juga sudah lebih dua tahun meninggalkan Rita dan anak-anaknya yang masih kecil.
Tiada apa yang dihairankan, rumah tangga mereka sudah lama bergegar dengan pelbagai kontroversi, malah Aidil juga sudah lebih dua tahun meninggalkan Rita dan anak-anaknya yang masih kecil.
Kes perbicaraan perceraian dan tuntutan mereka belum lagi diputuskan walaupun perbicaraan sudah berlangsung selama dua tahun, tapi ikatan mereka sebagai suami isteri terlebih dulu sudah terlerai.
Biarpun diceraikan pada hari baik, bulan baik, tiada apa yang nak dikesalkan, Rita mahupun dua permata hatinya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2, sudah terbiasa menjalani hidup tanpa nakhoda keluarga.
Malah, anak-anak juga tidak lagi mengenali Aidil apabila sekian lama tidak bersua muka.
Buka buku baru
Rita sudah buka buku baru dalam kehidupannya sejak Aidil menceraikannya dengan talak satu pada 4 Ogos lalu, iaitu pada malam 27 hari berpuasa.
Di kala sibuk melayani anak-anak yang kian membesar, Rita termenung seketika. Aktres kelahiran Perlis itu berkata, “Hati saya sudah lama kosong… kosong sekosongnya! Tiada kata yang dapat diungkap untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini.
“Diceraikan pada bulan Ramadan dan beberapa hari nak menyambut Syawal, kedengaran amat kejam. Manusia yang kurang didikan agama saja melakukan tindakan merobohkan masjid pada bulan Ramadan.
Mungkin Aidil tak tahu, pada hari dia
melafazkan talak pada saya iaitu malam 27 berpuasa, kemungkinan boleh
jatuh pada malam lailatul qadar. Tapi, Aidil tahu ke apakah malam
lailatul qadar?
“Saya bukannya cakap saya baik sangat, tapi saya sedih melihat betapa ceteknya ilmu agama Aidil. Bagi saya, lelaki seperti Aidil tidak layak dibuat suami mahupun menantu.
“Saya bukannya cakap saya baik sangat, tapi saya sedih melihat betapa ceteknya ilmu agama Aidil. Bagi saya, lelaki seperti Aidil tidak layak dibuat suami mahupun menantu.
Bagaimana nak
layak dijadikan suami, jika soal cerai berai pun boleh dibuat main-main.
Dulu, masa tergila-gilakan saya, sanggup bawa saya berkahwin lari ke
Songkhla, Thailand. Sanggup harungi lautan api.
Bila sudah benci
“Sekarang, apabila sudah benci, tendang saya seperti bola, ceraikan saya melalui SMS saja. Manusia macam inikah layak menjadi pemimpin keluarga, kalau dia sendiri pun tidak betul dan cetek ilmu agama?
“Saya tidak kesal diceraikan, malah saya tahu kesudahannya, kami akan bercerai juga tapi kenalah ikut prosedur. Dia fikir saya dan anak-anaknya barang mainan, boleh campak sesuka hati jika tidak lagi diperlukan?
Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini
Majalah Review Malaysia.
---------------------------------------------------------------------------------------

Zar Ali III "Sedap dimata, sakit dihati." - Lain pulak terjadi di Sarawak.....kah kah kah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.