Followers

Saturday, August 31, 2013

Ahli Politik Guna Gengster ??

Ni tajuk muka depan Sinar Harian hari ini. Mengikut pendedahan yang dibuat oleh bekas Timbalan Menteri Penerangan Datuk Seri Dr. Suleiman Mohamed penggunaan gengster oleh ahli politik ini bertujuan bagi meningkatkan pengaruh politik masing-masing.

Pendedahan 49 kumpulan Kongsi Gelap oleh KDN dan tindakan OPS Cantas oleh PDRM di seluruh negara amat dialu-alukan. Namun masih ada lagi kongsi gelap yang tidak disenaraikan kerana mereka ini membayar yuran kepada Akta Pertubuhan termasuklah kumpulan Merpati Putih yang diketuai oleh Datuk Seri Adnan Yaakob Menteri Besar Pahang.

Kita mempersoalkan ketelusan polis membenteras kegiatan ini kerana kenapa tidak menyeluruh. Banyak lagi gengster yang berjenama politik ini masih bebas diluar seperti Awie, Datuk Ismail pengawal peribadi Dey Kuty dan lain-lain. So polis buat la kerja betul-betul jangan berpolitik pulak.

Nak hapuskan jenayah janganlah pilih bulu nanti rakyat juga yang jadi mangsa dulu.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.